Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 17 December 2017

Keindahan istana bersejarah Himeji Castle

Himeji Castle yang terletak di Hyogo Prefecture,  

Himeji adalah salah satu tempat yang menjadi kunjungan kami semasa di Kansai. 

Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dengan menaiki train. 

Kami ke Himeji menggunakan Kansai Thru Pass. 

Sejarah Himeji Castle

Himeji Castle merupakan istana yang tidak pernah musnah dalam peperangan,
gempa bumi, panahan petir dan kebakaran. 

Rupa Himeji Castle yang kita nampak pada masa sekarang
sama dengan rupa Himeji Castle pada pertama kali ia dibina pada tahun 1609. 

Berbeza dengan  istana lain, ada yang beberapa kali dibina semula 
kerana macam-macam masalah yang berlaku, 
ataupun tinggal kesan sikit-sikit dari bangunan asal istana yang telah musnah.

Himeji Castle telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Sites pada tahun 1993
dan menjadi istana paling besar dan paling banyak menerima pengunjung (sumber Wikipedia). 

Kalau ikutkan sejarah dia complicated. 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang istana ini korang boleh baca di Wikipedia. Saya bab-bab sejarah ni lomah sikit. Hahaha


Kalau tengok istana di Jepun, rupa bentuk dia seakan-akan Istana di Korea dan China.
China, Korea dan Jepun adalah negara-negara serumpun.

Sedih sangat sebab trip ke Himeji ini saya tak dapat join kerana anak saya terkena demam dan muntah-muntah. 

Tapi berdasarkan apa yang suami dan ahli keluarga saya cerita, istana ini sangat cantik dan unik.


Keunikan Himeji Castle


Untuk ke Istana ini, pengunjung perlu berjalan kaki agak jauh (lebih kurang 20-30 minit berjalan) dari train station dan  kemudian perlu mendaki bukit untuk sampai ke bangunan Istana. 

Bukit tu pulak bukan direct terus naik atas. 


Uniknya Himeji Castle ialah ia direka dengan cara complicated
di mana laluan nak ke Istana agak tricky dan berbelit-belit seperti maze,
manakala pintu masuknya diperbuat dari besi.

Ini bertujuan untuk mengelak dari dicerobohi dan diserang pihak musuh.





Agak melelahkan juga kalau datang sini naik train. 

Dahlah jauh kena jalan dari train station sampai ke istana. 

Dah sampai istana kena jalan banyak lagi.  
Tapi option lain, pengunjung boleh naik kereta, teksi atau bas untuk sampai ke sini. 

Oleh kerana saya tak pergi maka gambar-gambar di bawah ni semua saya pinjam dari mak dan adik beradik saya. 


bercuti di Osaka keindahan istana bersejarah Himeji Castle
autumn in my heart


bercuti di Osaka , keindahan istana bersejarah Himeji Castle
nama lainnya White Heron Castle (Shirasagijo)

bercuti di Osaka , keindahan istana bersejarah Himeji Castle
pandangan dari mata raja/pembesar melihat-lihat kawasan perumahan rakyat jelata di bawah sana


nun di kejauhan 







laluan menuju ke istana. kena tawaf secara menaik (naik bukit) mengelilingi istana

pintu gerbang mausk ke istana. kat dalam tu kena menapak jauh lagi

Rickshaw, macam beca tapi menggunakan tenaga empat kerat manusia (jalan kaki)

pandangan dari mata rakyat jelata

Pintu masuk lagi. Zaman dulu, di setiap pintu ada pengawal yang menjaga
laluan menuju ke istana



Kalau anda ke Osaka atau daerah lain di sekitar Kansai,
bolehlah masukkan Himeji Castle dalam itinerary anda,

Walaupun agak sedikit penat untuk ke sini, tapi ia kunjungan yang berbaloi. 

Bila lagi kan nak tengok istana bersejarah yang rupa bentuknya kekal asli 
tanpa sebarang perubahan sejak dari beratus-ratus tahun lamanya.

Waktu Operasi

Musim sejuk : 9 am-4 pm

Musim panas: 9 am-6 pm

Harga tiket masuk

Dewasa: 1000 yen (18 tahun ke atas)

Kanak-kanak 300 yen (sekolah rendah dan sekolah menengah)

Kanak-kanak pra sekolah: percuma


=========================




Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<





No comments:

Post a Comment