Bismillah wal hamdulillah
Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan dan suara-suara sedih dari sebilangan suri rumah yang merasakan malangnya hidup mereka kerana tidak bekerja, tidak punya masa untuk bersosial bersama rakan-rakan, sering dihadapkan dengan kerja-kerja rumah yang berlonggok tanpa ada sesiapa yang membantu, bosan hanya duduk di rumah melayan kerenah anak, tidak punya wang yang banyak untuk membeli belah, tidak dapat berjalan-jalan ke pusat membeli belah pada waktu rehat seperti mana mereka yang bekerja, merasa rendah diri dan malu bila memperkenalkan diri sebagai suri rumah dan pelbagai lagi rungutan.
Allahuakbar. Menjadi seorang suri rumah. Inilah nikmat yang harus kita syukuri kerana di saat kita berasa malangnya menjadi seorang suri rumah ada ramai isteri dan ibu yang bekerja dan ingin sangat menjadi seorang suri rumah. Saya ingin kongsikan perbualan saya di Facebook dengan seorang sahabat yang bekerja sebagai doktor dan teringin sangat menjadi suri rumah.
ANA
Heee...
Sab sekarang mmg full time wahm ke?
Nur Sabrina
ya Ana
ANA
Wahhh...bestnya
Jeles dengan sahabat-sahabat yang dapat jadi wahm ni
Nur Sabrina
kerja Ana pun best
ANA
Ana setiap hari berperang dengan hati nak pergi kerja...huhu
Nur Sabrina
oo sebab ada anak-anak eh
ANA
Tapi ana takda banyak msa dengan anak suami keluarga
Tempat ana houseman kerja 7 hari seminggu sab
Nur Sabrina
Itulah... semoga ana tabah ye
kuatkan semangat
ANA
Kalau ikutkan rasa hati ana, memang macam taknak kerja dah
ANA
Kalau ikutkan rasa hati ana, memang macam taknak kerja dah
Wahm pun satu bidang yang mencabar bahkan mulia
Wahm kadang-kadang jana duit lebih banyak daripada yang berkerja kat luar
Nur Sabrina
ana duduk dengan suami dan anak-anak eh
selalu ke ana oncall?
ke houseman kena kerja setiap masa?
Nur Sabrina
Allah
tabahnya
ana taknak pindah Bangi ke?
Nur Sabrina
oo
ANA
Ana keluar rumah sebelum subuh. Balik rumah bila dah malam. Kalau oncall sebelum rumah langsung
Tak balik rumah lansung
Nur Sabrina
ooo
ANA
Klu takda family tengok anak tak tau la apa nasib anak-anak ana
Nur Sabrina
betul
semoga ana kuat ya
cayok
ni sekarang tengah cuti ke
ANA
Ana ambik cuti 3 hari. Esok masuk kerja balik dah
Dua-dua anak ana demam. Dah seminggu.
Beratnyer hati nk keje esok. Oncall plak tu esok
ANA
Mmg tak balik rumah la
Nur Sabrina
Sian ana. Tabahkan hati ya
pahala besar tu
sab nak bagi semangat kat ana ni
cayok-cayok
ANA
Ok la sab
Sab pun sama
Moga berjaya menjadi Wahm terbaikkk
Nur Sabrina
Amin
Terima kasih Ana
ANA
Perbualan saya dengan sahabat saya ini telah mengetuk hati saya kita perlu banyak-banyak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana nikmat yang kita miliki pada waktu ini sememangnya tidak semua orang mampu miliki. Contohnya sahabat saya ini, dia perlu memenuhi tuntutan bekerja memberi khidmat kepada masyarakat dan ia juga fardhu kifayah di mana doktor perempuan sangat dituntut untuk menyambut kelahiran bayi di hospital. Bersyukurlah wahai suri rumah kerana kita punya banyak masa bertemu dan berada di sisi suami, mengajar, mendidik anak dan menyediakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk mereka,memantau kerja sekolah anak-anak, melihat anak membesar di depan mata kita sendiri, dapat menjaga makan minum ahli keluarga dengan tangan sendiri, dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada sakit pening anak-anak dan suami. Menjadi suri rumah juga adalah peluang untuk kita membantu suami menjana pendapatan dari rumah, dengan cara yang 'flexible' . Jadikan gelaran suri rumah ini sebagai satu peluang untuk kita menjana pahala sebanyak-banyaknya. Bersyukur dan terus bersyukur, dan yakinlah Allah akan melimpahkan seribu nikmat lagi atas kesyukuran kita ini.
No comments:
Post a Comment