Bismillah wal hamdulillah.
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Pemanggang Ajaib jenama Are Ikan. Pemanggang ini saya beli bulan lalu, setelah agak lama menyimpan hasrat untuk membelinya. Bila barang yang dipesan sudah sampai ke rumah, saya yang sudah lama menahan sabar untuk mencubanya, dengan tidak sabar-sabar lagi memasak pelbagai jenis masakan seperti puding roti, pizza roti gardenia, kentang panggang lada hitam, ayam panggang lada hitam bersama daun limau purut. Saya turut menggunakan pemanggang ajaib untuk memasak lauk pauk seperti ayam masak kurma, ayam masak paprik dan ayam goreng. Kebiasaannya saya menggunakan kuali dan periuk biasa untuk memasak lauk pauk tersebut.
Apa yang saya boleh katakan, pemanggang ajaib ini menyeronokkan tugas memasak, mengurangkan asap (hampir tiada) dan menjimatkan penggunaan gas, minyak masak dan masa. Biasanya kalau saya masak, asap akan menyebelubungi satu rumah dan menyebabkan anak saya dan suami batuk-batuk apabila terhidup asap tersebut. Dulu saya selalu mengidamkan memasak ayam panggang buatan sendiri, namun kerana ketiadaan oven, maka saya pendamkan dulu hasrat itu. Apabila pemanggang ajaib sudah ada di tangan, hasrat itu dapat direalisasikan. Gambar di bawah adalah ayam panggang lada hitam bersama daun limat purut. Suami saya sukakannya sehingga berkali-kali menikmatinya.
Saya sertakan resepinya sekali di sini.
Bahan-bahan
- Ayam dipotong 6 bahagian
- Kicap pekat 3 sudu besar
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
- Satu sudu besar lada hitam
- Garam secubit (kicap pekat sudah masin, tak letak pun tak mengapa)
Cara-cara
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam
- Lumurkan bahan tumbuk, kicap pekat serta garam pada ayam. Perap selama 3 jam.
- Setelah ayam diperap, panggang ayam tersebut sehingga masak di dalam pemanggang ajaib.
Saya juga turut meletakkan kentang dan memerapnya dengan bahan-bahan di atas. Maka jadilah kentang panggang, ayam panggang lada hitam bersama daun limau purut. Saya tidak meletakkan minyak masak walau setitis. Sedap sangat. Saya berpuas hati menggunakan alatan ini antara sebabnya kerana saya tidak perlu lagi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Jadi ia bukan lagi ayam goreng tetapi ayam panggang. Sebelum ini saya menggoreng ayam dengan bahan-bahan di atas, tetapi sedikit kecewa bila ayam yang dimasak begitu lama di atas api menjadi kecut. Tetapi dengan pemanggang ajaib, masalah itu tidak berlaku. Jika ayam digoreng di dalam kuali biasa, bahan perapan biasanya akan melekat di kuali. Tetapi dengan pemanggang ajaib, ia tidak melekat kerana ia adalah 'non stick pan'. Ia juga mudah dicuci.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Pemanggang Ajaib, anda boleh mendapatkannya dari saya dengan harga yang berpatutan. Boleh hubungi saya di 019683514 untuk urusan pembelian.
No comments:
Post a Comment