Sebagai suri rumah, saya akan menggunakan pelbagai barangan yang boleh memudahkan urusan kerja rumah, dan saya akan beli peralatan tersebut mengikut kemampuan saya dan suami. Banyak sebenarnya peralatan dan barangan yang memudahkan urusan kerja-kerja rumahtangga. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ni, pemanggang ajaib memudahkan kerja-kerja memasak, menjimatkan masa, mengurangkan asap masakan dan mengurangkan percikan minyak yang akan mengotori dinding dan dapur gas. Saya nak kongsikan dua lagi peralatan yang memudahkan kerja mengemop dan mencuci lantai.
Spin Dry Mop
Saya beli spin dry mop di Cosway kerana teruja dengan cara-cara mop ini 'menjalankan tugasnya'. Jika sebelum ini saya hanya menggunakan mop biasa yang saya perlu perah air dengan tangan. Agak menjijikkan jika air kotor tersebut terpaksa diperah dengan tangan secara manual. Setelah membuat research, saya membuat keputusan untuk membelinya di Cosway dengan harga ahli. Hanya RM 60++ saja jika membeli dengan harga ahli berbanding dengan harga pasaran RM100++. Alhamdulillah, saya berpuas hati kerana tidak perlu lagi memerah dengan tangan, hanya perlu menekan pedal pada baldi yang dibekalkan untuk beberapa minit dan mop tersebut akan menjadi kurang basah dan berair. Selain itu, mop ini juga boleh digunakan untuk mengelap kipas atau tempat-tempat yang sukar dicapai kerana strukturnya direka dengan flexible dan panjang besinya boleh dilaras dan diubah.
Basic H Shaklee
Ada satu hari tu, tanpa saya sedar Sumayyah tertumpahkan minyak masak terpakai dengan banyak di lantai. Buntu sekejap kerana tekejut. Saya bingung kerana tak tahu nak guna apa untuk hentikan minyak yang terus mengalir ke stor. Tiba-tiba teringatkan Basic H. Lalu saya titiskan beberapa cecair Basic H dalam baldi khas Spin Dry Mop dan saya gerak-gerakkan mop tersebut dalam baldi sehingga menghasilkan buih yang banyak. Tanpa berlengah lagi saya terus lap minyak tersebut. Saya akui sedikit sukar melakukan kerja tersebut kerana minyak tersebut agak banyak dan pekat pula. Maklumlah minyak terpakai yang ingin dibuang. Dalam tiga kali percubaan. Mop-basuh-perah, mop-basuh-perah, mop-basuh-perah, kesan minyak beransur kurang. Tiada lagi masalah buih-buih yang banyak, licin dan melekit. Kalau sebelum ni jika ada minyak tertumpah saya terpaksa menggunakan pencuci bersabun. Yelah kalau nak bersihkan minyak sudah tentu perlu guna pencuci bersabun.
Bila guna pencuci bersabun sudah tentu buihnya akan merebak dan lantai akan jadi licin. Bila dah licin sudah tentu kena bilas dengan air beberapa kali. Daripada kerja yang sikit terus jadi kerja yang besar dan kemungkinan satu lantai dapur perlu dibasuh. Tetapi menggunakan Basic H, masalah itu tak terjadi. Basic H akan menghasilkan buih bila digunakan, tetapi ia tidak membuatkan alatan yang kita cuci itu menjadi licin. Selepas digunakan, ia tak perlu dibilas dengan air biasa. Memang best guna Basic H.
Pada botol Basic H ada dinyatakan kuantiti yang diperlukan untuk tujuan pencucian dan pembersihan. Mudah dan menjimatkan, bukan?
Kalau anda berhajat nak dapatkan Basic H terus dari HQ, bolehlah membeli di website Shaklee di link ini Tempah Basic H
No comments:
Post a Comment