Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday, 26 April 2014

Bersalin di hospital Serdang dan kuasa doa

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip



Setiap kali berdoa, saya sangat merasa yakin yang Allah sedang mendengar doa saya dan pasti Dia akan memakbulkannya. Saya pasakkannya kukuh-kukuh. Sekiranya terlintas rasa ragu-ragu sedikit, saya cepat-cepat buang dan yakinkan diri semula.

Mula rasa sakit bersalin

Malam tu saya makan banyak kurma, minum jus Khayra dan minum air zamzam yang diberi oleh ibu dan suami. Pada jam 1 pagi, saya mula terasa sesuatu. Terasa seperti sakit di bahagian abdomen, tapi saya pasti adakah ia sakit bersalin. Orang kata rasa contraction seperti period pain. Tapi sebelum ni saya tak pernah alami period pain, jadi saya tak pasti contraction untuk bersalin sebenarnya sudah bermula. Bila tanya nurse dia cakap, contraction la tu sebab sakit datang dengan perut mengeras. Alhamdulillah, doa saya agar sakit datang sebelum diinduce dimakbulkan.  Contraction datang setiap 10 minit.  Pukul 6 pagi, nurse panggil dan bagitahu yang doktor nak periksa. Sebelum tu nurse sempat tanya, "awak minum air zamzam ke"? Kemudian nurse tu sound saya dan katanya tak boleh sebab ia ibarat air selusuh. Huhu, saya memang tak setujulah sebab air zamzam tak sama dengan air selusuh. Lagipun saya ambil , saya niatkan sambil doa, bukan minum dan makan begitu saja.

Dalam perjalanan nak jumpa doktor tu, hati berdebar kencang dan saya betul-betul harap biarlah doktor wanita yang periksa saya. Fuh, alhamdulillah. Memang doktor wanita yang periksa saya walaupun pada waktu itu ada seorang doktor housemen lelaki bersama, tapi dia sedang sibuk mengadap komputer dan membelakangkan saya. Alhamdulillah, syukur memang rezeki saya diperiksa pagi ini. Kalau ikutkan, waktu-waktu lain housemen lelaki inilah yang periksa bukaan ibu-ibu lain sebelum-sebelum ni. Di wad ini pun yang hampir setiap masa ada dia seorang saja (housemen lelaki).

Pagi tu, saya ke tandas dan lihat ada darah hitam pekat mengalir. Hati saya berdetik, ini darah tanda nak bersalin ke? Ada rasa sedikit cuak dan saya tanya pada nurse. Nurse cakap darah tanda bersalin la tu. Rileks je nurse jawab, saya pulak risau sangat. Diorang dah biasa dan faham sangat la tu.

Bila menjelang siang, saya rasa sakit saya bertambah kuat dan pada jam 12. 00 tengahari,  sekali lagi saya dipanggil untuk diperiksa. Hati saya sungguh merasa berdebar, bimbang kalau yang akan memeriksa saya nanti doktor lelaki. Allahuakbar, alhamdulillah. Doktor housemen yang hampir setiap masa ada di wad itu, pada waktu tersebut dia tiada, kemudian datang pula seorang housemen wanita memeriksa saya. Allahuakbar, hebat kan perancangan Allah? Dia memakbulkan doa saya. Kronologi saya bersalin dari mula-mula datang sakit hingga diperiksa bukaan disusun tepat dengan keadaan dan waktu yang tidak mengizinkan saya diperiksa oleh doktor lelaki (waktu hampir solat Jumaat).

Pada jam 4 petang saya ditolak ke labour room, dibaringkan di atas katil dan dipakaikan drip. Alhamdulillah, saya tak menanggung sakit terlalu lama. walaupun saya akui, tempoh menunggu bukaan dari 4 cm ke 10 cm mengambil masa kira-kira 10 jam.  Saya ingat pesan seorang sahabat saya supaya bila sakit datang jangan jerit-jerit dan kawal diri. alhamdulillah walaupun saya rasa sakitnya itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata saya masih mampu mengawal diri dari meraung dan menjerit-jerit. Suamilah yang banyak memberi semangat dan sokongan pada saya. Mak saya pun ada bersama menunggu di luar bilik bersalin, saya yakin ibu saya juga mendoakan saya (terima kasih mak!).

Tepat jam 1.30 pagi, saya selamat melahirkan seorang puteri comel yang kami namakan 7 hari kemudian dengan nama Sumayyah binti Nizar.

Syukur ke hadrat Allah atas kelahiran yang dimudahkan tanpa sebarang komplikasi serius, doa-doa dan harapan yang dimakbulkan dan layanan yang baik dari doktor dan jururawat.

Sedikit tips yang saya boleh kongsikan.

 1. Tak semua orang berkemampuan untuk melahirkan bayi di hospital swasta untuk memilih hanya doktor wanita saja. Jika pilihan yang ada hanya hospital kerajaan, sejak disahkan hamil, banyakkan berdoa semoga aurat dan maruah dipelihara semasa melahirkan bayi. Berdoa supaya kelahiran nanti disambut oleh nurse dan doktor wanita sahaja. Selalu bayang-bayangkan yang ketika melahirkan nanti tiada lelaki kecuali suami saja menemani. Berdoa sungguh-sungguh dan yakinlah doa itu akan dimakbulkan. Percaya pada Allah. Saya bukanlah ingin merendah-rendahkan peranan doktor lelaki, tidak sama sekali, cuma saya berpegang pada tuntutan agama agar mengutamakan doktor wanita berbanding doktor lelaki. Tetapi di hospital kerajaan, tak banyak pilihan yang kita ada tetapi ia bukanlah mutlak. Usahakan mana yang boleh sebagai contoh, berbincang dengan pihak hospital tentang perkara itu. Peranan suami juga sangat penting dalam memelihara aurat isteri. Nyatakan baik-baik pada kakitangan hospital (bukan marah-marah dan menengking) sekiranya anda tak setuju penglibatan doktor lelaki. Insya Allah kalau kena masa dan keadaan, permintaan anda mungkin akan ditunaikan. Oh ya, buang segala sangkaan buruk tentang doktor lelaki ya. Bukan sikit-sikit yang melabelkan doktor lelaki sebagai gila seks, mencabul maruah, suka ambil kesempatan dan sebagainya. Kesihan mereka, kadang-kadang terlalu sibuk menyelamatkan nyawa insan lain sampai tak sempat nak makan.

2. Bersangka baik. Apa yang kita fikir itulah yang kita dapat. Jadi awal-awal lagi bayangkan yang baik-baik saja.  Kalau selama ni kita kerap dengar nurse hospital kerajaan garang dan kasar, inilah masanya untuk tukarkan pandangan negatif tu kepada nurse dan doktor semuanya baik-baik dan mesra alam :D

3. Pelihara aurat sebaik-baiknya dan jaga solat. Sesusah macam mana pun, usahakan untuk tunaikan solat. Dalam Islam ada rukhsah untuk pesakit kan, jadi gunakan rukhsah itu sebaik-baiknya.

4. Amalkan makanan sunnah yang memudahkan proses bersalin. Apa dia? Sudah tentu kurma. Makan kurma akan bantu kekalkan tenaga dan kecergasan semasa proses melahirkan.
===================================

p/s: anda sedang mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu?
dapatkan buku yang menarik ini



klik sini



No comments:

Post a Comment