Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 13 April 2014

Dah tulis jurnal kesyukuran?

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip


Anda sudah tulis jurnal kesyukuran hari ini? Saya nak kongsikan satu cerita tentang ketekunan seorang ibu tunggal menulis jurnal kesyukurannya setiap hari. Saya baca kisahnya di  satu blog satu masa dulu. Saya tak berapa ingat kisahnya secara detail, tapi secara umumnya kisahnya begini: Ibu tunggal ini menghadapi masalah besar di mana dia menghadapi masalah rumahtangga dan dibiarkan gantung tak bertali oleh suaminya. Maka hiduplah beliau dalam keadaan sedih dan susah hati. Agar sukar menjalani kehidupan dengan status gantung tak bertali. Suami tak mahu menceraikan dibiarkan terkontang-kanting tanpa diberi nafkah. Maka pada satu hari dia tergerak untuk fokus pada hal-hal yang menceriakan dan menghitung nikmat-nikmat Allah pada dia. Ibu tunggal ini dengan tekun setiap hari akan menulis jurnal kesyukuran dan menulis nikmat-nikmat dan hal-hal yang menggembirakan hati walaupun hanya hal-hal yang kecil-kecil. Hari demi hari dia merasakan hidupnya semakin berubah. Tiada lagi air mata. Tiada lagi hari yang suram. Tiada lagi kemurungan. Hingga satu hari tu, tiba-tiba saja dikejutkan dnegan satu berita yang telah ditunggu sekian lama. Apa dia? Suaminya bersetuju menceraikan dia. Berita ini disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Dan masalah-masalah lain juga selesai satu persatu dengan mudah. Allahuakbar. 

" Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu dustakan? (55-13) ".






Terinspirasi dari kisah di atas? Jom kita mulakan menulis jurnal kesyukuran kita hari ini juga!

----Ini jurnal kesyukuran saya dari pagi hingga jam 11.41 a.m------

1. Alhamdulillah, pagi-pagi bangun dari tidur, masih lagi bernafas dan tubuh badan sihat.
2. Dapat tunaikan solat subuh dengan baik dan tanpa sebarang masalah
3. Dapat menatap wajah anak dan suami. Ya mereka masih bernafas di dunia ini dan masih di sisi aku.
4. Dapat menikmati sarapan pagi. Deria rasa berfungsi dengan baik. Sedapnya minuman dan makanan yang aku jamah pagi tadi.
5.Anakku merengek minta perhatian. Alhamdulillah, aku masih dapat mendengar suaranya yang comel itu. Dia juga merengek kerana mahu tumbuh gigi. Itu tanda yang sangat baik. Dia membesar dengan sihat dan sempurna. Giginya akan bertambah kepada 7 batang pada usia hampir menjangkau setahun.
5. Ketika saat entry ini ditulis, aku dapat menggunakan jari-jemari aku dengan baik. Anggota tubuh badanku masih berfungsi dengan baik. Mata masih boleh menatap laptop. Idea-idea aku dapat kongsikan kepada para pembaca blogku. 
6. Syukur atas segala nikmat yang Engkau berikan padaku hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah



Hasil pembacaan saya dari pengalaman-pengalaman mereka yang konsisten menulis jurnal kesyukuran, rezeki mereka datang dengan mudah.

 Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."



Surah Ibrahim 14: 7

 Teruja kan? Jom tulis sekarang :)

No comments:

Post a Comment