Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 10 April 2014

Bakal ibu, carilah ilmu sebanyak-banyaknya








Bismillah wal hamdulillah

"Ibu dalam pantang tak boleh tinggal sorang-sorang. Kalau anak menangis tak henti-henti maunya rasa nak cekik-cekik je budak tu"

Begitulah kata seorang rakan kepada saya. Saya terfiikir apakah rasionalnya dia cakap begitu. Betul juga katanya. Wanita selepas bersalin terutamanya ibu yang kali pertama melahirkan anak akan menghadapi pelbagai situasi yang tak dijangka. Badan masih letih setelah seharian berhempas pulas di dewan bersalin semasa melahirkan anak. Kemudian  setelah bayi lahir, bayi yang fitrahnya kerap menangis sedikit sebanyak akan membuatkan ibu merasa tertekan andai ibu itu tidak tahu mengendalikan bayi tersebut. Sebagai contoh, sekiranya bayi kembung, bayi akan menangis berterusan berserta nada suara yang tinggi. Ibu yang kurang berpengalaman kemungkinan merasa panik, risau dan buntu. Sememangnya jika kita tahu ada urutan yang boleh membantu mengurangkan masalah kembung pada bayi, sudah tentu kita akan cepat-cepat aplikasikannya pada bayi kita. Betul tak?

Ibu selepas bersalin juga adakalanya menghadapi pelbagai kesukaran seperti sakit di bahagian luka jahitan, luka jahitan yang terbuka, masalah takut atau fobia untuk membuang air besar, masalah penyusuan susu ibu seperti bengkak susu, lekapan bayi yang tidak betul dan menyebabkan sakit pada puting, sakit pada jahitan pembedahan sekiranya ibu tersebut menjalani kelahiran secara caesarian, merasa rengat di bahagian rahim dan bermacam-macam kesulitan lagi. Saya sendiri pernah menyaksikan beberapa orang ibu yang selesai menjalani kelahiran secara pembedahan mengalami kesukaran untuk berjalan dan berbaring. Pendek kata pergerakan menjadi sukar kerana sakit di bahagian luka jahitan. Wajah mereka terpancar kemuraman dan kesakitan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Saya bukanlah ingin menakutkan para pembaca. Ketahuilah mengandung, melahirkan dan menyusukan itu satu perbuatan yang sangat mulia sehingga ia diiktiraf di sisi Allah dan dijanjikan pahala yang sangat banyak. Tujuan saya menyatakan perkara-perkara di atas supaya ibu-ibu mencari ilmu tentang kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi dan penyusuan sebanyak-banyaknya semasa tempoh kehamilan atau jika boleh semasa peringkat untuk TTC (try to conceive) lagi.

Mencari ilmu bukan terhad pada membaca sahaja, kita boleh mencarinya dengan menyertai group perbincangan di facebook, menyertai seminar dan kelas-kelas yang dianjurkan badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Dengan ilmu, pelbagai konflik dan krisis yang biasa dialami para ibu (terutamanya ibu yang kali pertama malahirkan anak) akan dapat dielakkan dan ditangani. Saya suka membaca coretan-coretan dari Puan Iryani Ahmad dalam blog beliau iaitu Bersalin Dengan Tenang. Pelbagai ilmu tentang kelahiran dikongsikan dalam blog beliau.

Dengan ilmu juga kita dapat meminimakan kos untuk penjagan dan pengurusan bayi. Tahukah anda semua barangan bayi yang selalu diwar-warkan oleh media pengiklanan bukan semuanya perlu dibeli. Ada seorang rakan saya megeluh banyak sungguh keperluan bayi yang perlu dibeli sedangkan budgetnya tidak mencukupi. Oleh itu penting sangat anda menimba ilmu alam keibuan. Dengan ilmu, gangguan perasaan dan tekanan emosi yang boleh melanda para ibu boleh diminima dan diuruskan dengan sebaik-baiknya. Carilah sumber ilmu yang dipercayai, dan bermanfaat. Semoga alam keibuan menjadi seronok dan bermakna.

Sebelum saya menamatkan penulisan saya di sini, saya ingin kongsikan beberapa buah bahan bacaan yang saya jadikan bahan rujukan sepanjang tempah kehamilan saya. Ia padat  dengan ilmu kehamilan, penyusuan susu ibu, kelahiran dan penjagaan bay.

Ibu Dibelai Anak Dibuai

Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu
Hebatnya Susu Ibu
Panduan Lengkap Kehamilan

Selain itu ada buku yang saya ingin cadangkan (highly recomendded) kepada para ibu sekalian. Buku ini lengkap dengan ilmu tentang kehamilan, kelahiran bayi, cara penjagaan bayi yang betul, amalan sunnah semasa kelahiran bayi dan pelbagai tips dan panduan untuk pendidikan bayi sehingga usia kanak-kanak.

Now You Are a Mother

Mudahnya Berpantang




Kepada ibu-ibu yang sedang mencari buku-buku di atas, ada beberapa darinya puan-puan semua boleh dapatkan dari saya iaitu buku Now You Are a Mother, Hebatnya Susu Ibu, Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran, Urutan Mesra Buat Si Manja, Mudahnya Berpantang dan Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu.

No comments:

Post a Comment