PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITALSERDANG
Dah lama sebenarnya nak tulis pengalaman bersalin di hospital Serdang memandangkan ramai yang mencari review tentang Hospital Serdang lebih-lebih lagi ibu yang mengandung anak pertama.
Pengalaman melahirkan Sumayyah sesuatu yang sukar saya lupakan kerana banyak kenangan yang bermakna buat saya. Semoga penulisan saya ini dapat membantu para ibu yang sedang mencari maklumat tentang pengalaman bersalin di Hospital Serdang.
Tanda bersalin
Saya bersalin pada minggu 40, tanggal 27 April 2013. Due date yang tercatat di buku merah, 25 April 2013. Kalau kira di website, tarikh jangkaan bersalin antara 25 April-29 April 2013.
Bagaimana saya boleh membawa diri ke hospital Serdang lalu ditahan berhari-hari di sana? Puncanya kerana air ketuban saya disyaki bocor!
Bermula hari Sabtu lagi, terasa macam ada air yang keluar sedikit-sedikit. Saya risau dan pergi ke klinik keesokannya untuk cek.
Doktor cakap air ketuban masih banyak tapi dia pesan, kalau berterusan kena pergi hospital. Hilanglah risau saya bila doktor cakap air ketuban masih banyak.
Tapiiiiiii....... rupanya hari-hari ada rasa kebocoran sehinggalah rasa tak sedap hati pada Rabu malam Khamis, saya ajak suami pergi hospital Serdang, on the spot. Saya packing baju apa-apa yang patut just in case kena tahan. Beg besar memang dah lama packing siap-siap.
Sampai-sampai je di hospital Serdang, bagitahu staff yang bertugas di kaunter tentang keadaan saya dan seterusnya kena sound dengan dia, 'awak rasa bocor hari Sabtu, kenapa baru datang sekarang?Huhuhu.
Tak lama lepas tu kena panggil masuk dalam PAC, doktor pasang CTG dan cek bukaan. Bukaan belum ada. Ingatkan boleh balik, rupanya tak boleh sebab bila ketuban disyaki bocor, ibu dah kena pasang branula untuk masukkan antiobiotik.
Air ketuban kalau dah pecah atau bocor sebelum bersalin boleh bawa kepada jangkitan pada baby sebab protection untuk baby dah tiada. Walaupun tak rela duduk di hospital, tapi kenalah pasrah juga.
Kemudian nurse bagi sepasang baju hospital. Kain dan baju berwarna pink. Aduhai, baju ni tak menutup aurat, berlengan pendek. Nasib baik saya ada bawak blouse, jadi bolehlah tutup lengan daripada terdedah.
Malam tu wad penuh, jadi nurse bagi satu bilik kosong di dewan bersalin. Malam tu saya tak dapat tidur. Dah tentu dengar macam-macam bunyi. Ada baby menangis, ada ibu yang mengerang sakit. Ada suara nurse yang sedang handle ibu yang sedang dalam proses melahirkan. Malam tu perasaan bercampur baur. Ada rasa menyesal juga sebab datang hospital awal, tapi apa nak buat, mungkinlah itu yang terbaik untuk saya dan baby.
Hebatnya Kuasa Doa
Malam itu saya berdoa sungguh-sungguh minta Allah hadirkan tanda untuk melahirkan. Sebenarnya saya dah risau takut-takut kena induce. Kalau boleh biarlah baby keluar sendiri, bukan dipaksa-paksa. Saya harap sangat supaya ada tanda bersalin, sekurang-kurangnya doktor akan tangguh untuk induce saya.
Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.Hebatnya kuasa doa. Esoknya dah ada keluar lendir bercampur darah, yang menunjukkan tanda awal bersalin. Lega hati. Dalam pada tu saya sangat berharap akan bersalin dalam waktu yang terdekat, sebab tak mahu berlama-lama di hospital dan tak mahu diinduce doktor.
Pindah ke wad kelas 3
Esoknya saya dipindahkan ke wad kelas 3. Untuk status saya di mana suami bekerja kakitangan kerajaan kumpulan A, bolehlah apply wad kelas 1. Tetapi selagi belum bersalin, semua ibu-ibu akan ditempatkan di wad kelas 3. Bila dah bersalin baru boleh ke wad kelas 1.
Suasana dalam wad Hospital Serdang ok. Ada air cond jadi taklah rasa panas dan bahang sepertimana hospital-hospital lama. Satu wad ada lebih kurang 10 katil. Bagi saya selesa jugak, tandasnya ok dan bersih. Makanan pun ok la taklah teruk sangat sepertimana yang orang selalu cakap makanan hospital kerajaan tak sedap. Yelah, kenalah sedar diri, dah duduk dan bersalin di hospital kerajaan takkan nak makan mewah-mewah ye tak? Diorang kena masak banyak tau sebab bukan sorang dua yang terima rawatan kat sini, tapi ratusan pesakit. Bersyukur dan berlapang dada je hihihi.
Wad kelas 3 ni agak sedikit tapi masih boleh dikira sebagai selesa. Setiap katil dipisahkan dengan tirai. Saya terpaksa pakai tudung hampir setiap masa memandangkan aurat kat sini tak terjamin dapat dijaga. Yelah, kejap-kejap ada orang tarik tirailah. Kejap-kejap nanti ada nurse datang nak cek blood pressure dan heart rate saya dan baby.
Saya masih belum rasa apa-apa sakit lagi. Dalam hati duk mengharap sangat supaya cepat-cepatlah saya bersalin. Berdebar-debar sangat takut ada doktor nak cek bukaan ataupun tiba-tiba doktor nak induce ke.
Setiap kali waktu solat saya akan ke surau. Tapi yang sedikit pelik di sini, tak ramai yang solat di surau. Patient kat sini tak solat ke? Saya cuba bersangka baik tapi tak boleh nak tepis sangka buruk tu bila saya perhatikan setiap kali waktu solat masuk, hanya saya dan beberapa orang saja patient ke surau.
Yang lain, kalau baring di katil dari awal masuk waktu sampailah habis waktu solat, masih baring atas katil juga. Hairan, mereka ni tak tahu ke solat tu wajib walaupun sedang dalam keadaan sakit. Saya mengaku saya tak sampai ke tahap bertanya 'puan dah solat ke'?
Apa yang saya boleh buat, saya pakai telekung dari katil. Sekurang-kurangnya mereka akan nampak saya sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat, dan berharap moga hati mereka terdetik untuk menunaikan tanggungjawab itu.
Berdoa sungguh-sungguh
Di suraulah tempat saya menangis dan merintih berdoa pada Allah supaya Dia mempercepatkan saya bersalin, memudahkan saya bersalin dan memelihara aurat saya dari doktor lelaki. Sungguh, memang hebatnya kuasa doa. Allah makbulkan doa-doa saya.
Setiap kali solat, itulah doa saya, berulang-ulang kali doa yang sama, sambil menangis-nangis berlinangan air mata.
Ya saya sangat takut sekiranya doktor lelaki yang akan memeriksa bukaan dan menyambut kelahiran baby saya nanti. Tak sanggup dan tak rela.
Sekiranya ada doktor lelaki yang terbaca tulisan saya ini, janganlah berkecil hati. Saya sedar yang anda semua bukan nak mengambil kesempatan tengok aurat perempuan dan sebagainya, ya ia memang tugas anda. Tetapi sifat malu itu bukankah fitrah setiap insan?
Doktor wanita sekalipun kita tetap merasa malu (walaupun saya diperiksa doktor wanita saja, perasaan malu dan segan itu masih lagi terasa hingga sekarang).
Nasihat saya untuk wanita yang takut sangat kalau doktor lelaki yang menguruskan kelahiran nanti, yang cek bukaan dan sebagainya, berdoalah sebanyak-banyaknya. Berdoa sejak dari awal kelahiran.
Percayalah cakap saya, bila doa bersungguh-sungguh dan dengan penuh keyakinan, doa anda akan dimakbulkan dengan mudah. Jangan risau dan bersangka baik yang Allah akan hantar doktor perempuan yang memeriksa dan menyambut kelahiran anda sejak awal sampai selesai. Dari fasa cek bukaan, cek perut, sambut kelahiran, cek luka jahitan, follow up dan lain.
Doa, doa, doa.
Yakin, yakin, yakin
----------------------------
klik sini
Subhanallah.perkongsian yang menarik. Semoga Allah terus melindungi maruah saudari
ReplyDeleteterima kasih :). Insya Allah mudah-mudahan
Delete