Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 25 April 2014

Tips jika anak masuk NICU

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip



Gambar diambil dari sumber google. Begitulah rupa inkubator. Sofa disebelahnya boleh digunakan sekiranya ibu ingin menyusukan bayi 

Beginilah keadaan di dalam NICU yang tak banyak beza dengan NICU Hospital Serdang.  Sumber gambar dari google.


Saya nak kongsikan sedikit tips jika anak dimasukkan ke NICU. Tips ini saya dapat berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari kawan-kawan. Mudah-mudah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang memerlukan.


Bersabar dan fikir positif

Tak semua ibu-ibu yang anak dimasukkan ke NICU merasa sedih. Ada yang merasa biasa saja, ada yang merasa sedikit sedih dan ada yang merasa sangat sedih. Ianya bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh anak dan jenis rawatan yang diterima.  Apapun kondisi anak ketika itu, pertama sekali, harus tetapkan dalam fikiran, masuknya anak ke NICU bukan kerana dia sedang kronik atau mengalami masalah yang teruk-teruk. Ya mungkin betul anak kita pada waktu itu sedang kritikal, tetapi perkataan risau, sedih harus dibuang jauh-jauh. Masuknya anak kita ke NICU maknanya ia satu perkembangan yang positif. Anak kita sedang dirawat dengan baik dan teliti dan Insya Allah dia semakin pulih dan sembuh. ICU bermaksud Intensive Care Unit. Maknanya, Unit Rawatan Rapi. Insya Allah dengan rawatan rapi anak kita pasti dalam proses penyembuhan. 

Pilih untuk bersama anak (jika boleh)

Sekiranya boleh dan keadaan mengizinkan, pilihlah untuk bersama anak menemaninya di NICU. Habiskan masa-masa di NICU dan lebih baik jika boleh bermalam. Percayalah, kehadiran ibu akan mempercepatkan kesembuhan anak. Sentuhan, belaian, pelukan sangat memberi kesan kepada emosi dan psikologi anak walaupun dia hanya seorang bayi kecil. Ya bayi juga punya perasaan. Bila anak rasa dirinya disayangi, emosi dan psikologinya berada dalam keadaan tenang dan seterusnya ia membantu mempercepatkan proses penyembuhannya. Tambahan pula, anda boleh menyusukan anak secara terus. Direct feed lebih baik dari memberi susu melalui botol atau alatan lain. Kehadiran ibu juga memastikan yang anak akan dapat susu badan bukan susu selain darinya. Pemberian susu ibu yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan juga memberi sumbangan kepada kesembuhan anak. Sekiranya anak intubated, ibu-ibu masih boleh bersama anak. Walaupun tak dapat menyusukan secara direct, perbanyakkan sentuhan dan belaian. Sekalipun anak dalam keadaan koma atau tidur, ruhnya sedar yang ibu bapanya ada bersama. 

Banyakkan berdoa dan bayangkan yang baik-baik.

Saya masih ingat lagi kata-kata ibu saya. Banyakkan doa dan doa ibu pada anak sangat mustajab. Semasa Sumayyah intubated dan bila doktor khabarkan kemungkinan dalam tubuhnya ada jangkitan, saya mengusap-ngusap kepala Sumayyah dan berdoa semoga Allah jauhkan dan matikan kuman-kuman yang sedang menyerang Sumayyah. Saya juga berselawat tanpa henti. 

Lecturer saya juga pernah cerita pada saya kisahnya ketika anak sedang menjalani pembedahan yang menentukan hidup atau mati kerana keadaan anaknya sangat kritikal ketika itu. Ketika anaknya sedang menjalani pembedahan, dia hanya membayangkan anaknya sedang tersenyum padanya sambil bermain basikal. Alhamdulillah anaknya selamat menjalani pembedahan dan sihat hingga sekarang. 

Bila berdoa, perlulah disertakan keyakinan bahawa Allah mendengar dan akan memakbulkan doa anda. Ya perlu betul-betul yakin. 

Bawalah bahan bacaan untuk mengisi masa

Untuk mengelakkan kebosanan, bawalah bahan bacaan untuk mengisi masa dan menambahkan ilmu. Lebih baik sekiranya bahan bacaan tersebut bahan yang menambahkan ilmu pengetahuan.

Bertanyalah dan berunding dengan kakitangan NICU (doktor dan nurse)

Sekiranya anda ada kemusykilan atau apa-apa masalah yang berkaitan dengan anak, seeloknya bertanya dan berunding dengan doktor. Contohnya, bertanyalah tentang rawatan yang diberi kepada anak, apa kesan sampingan ubat-ubat yang diberi, apa nama ubat?  Sekiranya ada perkara yang tak puas hati di pandangan mata, ajukan perkara tersebut kepada mereka bukan cakap belakang atau mengumpat. Nyatakan dengan baik bukan marah-marah. Cuba fahami tugas doktor yang sedang melakukan  yang terbaik buat anak kita.

Sebagai ibu bapa kita berhak mengambil tahu, membuat keputusan dan berbincang dengan doktor. Jadilah ibubapa yang proaktif.


Setakat ini saja dulu perkongsian saya. Insya Allah kalau ada apa-apa lagi maklumat dan tips saya akan tambah kemudian. Salam ceria dari Ummusumayyah :)

anda sedang mencari ilmu penyusuan susu ibu?

klik sini

=========================

Anda sedang mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu?
dapatkan buku yang menarik ini





klik sini




No comments:

Post a Comment