Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip
Bismillah walhamdulillah
Bismillah walhamdulillah
Semalam hari perkabungan untuk mangsa-mangsa MH17. Saya taknak ulas tentang hukum hakam berkabung untuk si mati, kerana kurang arif tentang perkara tu. Apa yang saya nak ceritakan ialah tentang perasaan yang saya alami. Ya, memang sedih dan sayu lebih-lebih lagi bila melihatkan wajah ahli keluarga, waris, dan rakan-rakan mereka yang dirakamkan dalam media. Lagi sedih bila lihat gambar-gambar anak kepada mangsa-mangsa pesawat MH17. Dapat saya rasakan betapa rindunya anak itu pada ibunya, setelah berbulan -bulan tak jumpa. Allahuakbar. Begitu juga dengan ahli keluarga mangsa pesawat MH370.
Sayu
Pilu
Sedih
Rindu
Walaupun saya tak mengenali kesemua mangsa itu secara personal, tapi anda di antara mereka sedikit sebanyak ada kaitan dengan ahli keluarga saya. Co-Pilot, Allahyarham Ahmad Hakimi adalah abang kepada rakan adik saya. Ketua pramugara, adalah junior kepada ayah saya di Sekolah Menengah Sains Johor.
Semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini. Satu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya ialah sifat lupa. Pada satu keadaan sifat lupa ini adalah satu kelemahan, tapi pada satu situasi yang lain, sifat lupa adalah rahmat buat kita. . Lama-kelamaan perasaan sedih ini akan berkurang hari demi hari seiring berlalunya waktu. Bayangkan kalau segala peristiwa sedih ini tak dapat dilupakan oleh minda kita sampai bila-bila, pastinya hidup kita takkan tenang dan bahagia. Inilah kehebatan ciptaanNya, kebesaran dan kasih sayangNya.
Semoga rohnya mangsa-mangsa MH17 yang beragama Islam dicucuri rahmat, dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Begitu juga saudara-saudara kita di Gaza. Moga mereka yang terkorban dikurniakan syahid dan mereka yang masih hidup dikurnikan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang mempertahankan tanah suci Palestin dari kejahatan bangsa yahudi Zionist laknatullah.
Bertabahlah.
Bersabarlah.
Berjuanglah.
Sesungguhnya hidup ini adalah satu kembara menuju destinasi abadi. Semuanya akan kembali pada Pencipta bila tiba waktunya.
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment