Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday, 6 December 2014

6 cara atasi kemurungan

Sejak akhir-akhir ini banyak kali terserempak dengan soalan, bagaimana cara mengatasi masalah kemurungan. Banyak sebab yang membuatkan individu mengalami kemurungan, antaranya kerana mempunyai masalah peribadi dan mereka tidak dapat mengawal emosi dan akhirnya tekanan sehingga menyebabkan kemurungan.Kemurungan pula ada dua. Kemurungan emosi dan kemurungan klinikal. Kemurungan klinikal perlu dapatkan rawatan dari pakar psikiatri. Manakala kemurungan emosi, jika ditangani dengan baik insha ALLAH boleh sembuh. Kemurungan emosi jika dibiarkan melarat boleh membawa ke kemurungan klinikal. Yang saya ingin kongsikan ialah tips untuk membantu mengurangkan kemurungan emosi.




sumber: health.usnews.com


1. Mendekatkan diri dengan Allah

Apa saja cara yang mendekatkan diri dengan Allah, buatlah. Tapi jangan sampai mensyirikkan Allah pula. Tunaikan amalan wajib, jangan sesekali tinggalkan. Pertingkatkan amalan-amalan sunat. Zikir, solat tahajud, solat dhuha, sedekah dan lain-lain.  Kalau berkemampuan tunaikanlah umrah.  Siapa yang pernah menunaikan umrah pasti akan faham maksud "temui ketenangan"bila berada di tanah suci.

2. Berkongsi masalah

Kongsikan masalah dengan orang yang dipercayai. Atau jumpalah kaunselor. Kaunselor akan membantu dan membimbing klien membuat keputusan dengan rasional selain kerahsiaan klien yang sangat dijaga kerana itulah etika mereka dalam amalan kaunseling. Jangan takut dikata orang kerana berjumpa kaunselor, tapi risaulah sekiranya tidak bertemu kaunselor, kemurungan anda menjadi lebih teruk kerana kemurungan yang tidak ditangani akan membawa macam-macam masalah di kemudian hari. Sekiranya rasa berat juga untuk berjumpa kaunselor, cari seseorang yang anda rapat dan percaya untuk berkongsi masalah.

3. Mengembara

Ya betul mengembara. Kenapa mengembara?

Mengembara dapat mengubat jiwa sedih. Mengembara dapat membuka hati dan minda pada perkara-perkara yang selama ni mungkin kita tak nampak dan kita tak sedar. Selama ni nampak diri sendiri je yang selalu ditimpa malang. Pergilah mengembara ke negara-negara yang jauh lebih susah dan miskin dari kita. Kita akan jadi insan yang lebih bersyukur. Automatik terus datang rasa happy dan tenang. Sesusah dan seteruk ujian yang kita lalui, ada insan yang jauh lagi teruk masalah dan ujian yang mereka alami. 


Mengembara juga dapat menguatkan jiwa. Mana taknya bila terpaksa menempuhi suasana yang lain  dari suasana yang kita selalu  lalui. Orang kata, mengembara dapat mengeluarkan diri kita dapat "comfort zone". Kalau berani, pergilah buat trip backpacking. Naik bas turun bas. Mencuba pengangkutan awam. Berbasikal ke (mungkin kaum wanita tak sesuai huhu). Saya teringat pengalaman Zahariz Khuzaimah yang menjelajah dunia dengan berbasikal. Macam-macam cabaran yang dia hadapi, termasuk pengalaman yang meragut nyawa di zon tundra Sweden. Pengalaman ribut salji, kesejukan melampau dan macam-macam lagilah. Zahariz Khuzaimah kata, pengalaman-pengalaman itulah yang menguatkan diri dia. Fuhh memang respect habis. Ada sorang lagi traveller nama Siti Noridah. Bacalah pengalaman dia mengembara secara solo ke negara Afghanistan  dalam buku Travelog ET Kembara Afghanistan.

   



4. Sentiasa sibukkan diri

Jangan layan perasaan tapi sibukkan diri. Buat kerja-kerja kemasyarakatan. Aktifkan diri dalam persatuan ke. Join bantuan sukarelawan ke tempat yang dilanda bencana alam. Pasti kita akan lebih faham makna kehidupan di dunia yang sementara ini.


5. Dapatkan sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat

Jangan menyendiri. Dapatkan sokongan ahli keluarga terutamanya suami atau isteri, mak ayah, kawan-kawan. Dan minta tolong mereka doakan kita selalu kerana doa ibu bapa amatlah mustajab.

6. Doakan diri sendiri

Banyak mendoakan diri sendiri. Cakap dengan jelas dan detail dalam doa.  Kerana doa yang jelas, insya Allah "dimakbulkan. Kan berbeza doa ya Allah keluarkan aku dari kesedihan ini" dengan doa  "Ya Allah jadikanlah aku lebih kuat hati, lebih sabar dan lebih tenang menghadapi hari-hari dalam kehidupan bermula saat ini tarikh 13 Disember 2016 jam 6 petang sehingga hari-hari seterusnya.


Semoga tips-tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu insan-insan yang sedang dilanda kemurungan. Tips ini juga saya perolehi dari hasil pembacaan dan perkongsian oleh kauselor profesional. Sungguh saya berkongsi bukan kerana saya expert tentang isu ini tetapi untuk sama-sama diambil manfaatnya oleh diri saya sendiri dan pembaca. Insya Allah. 
 

No comments:

Post a Comment