Nak cerita sikit, apa yang saya suka sangat tengok bila balik Taiping, kampung suami saya. Setiap kali balik kampung lalu highway, kami akan lalu satu kawasan perbukitan batu kapur, yang terletak dekat-dekat dengan bandar Ipoh. Bagi saya, pemandangan ni memang cantik. Mungkin sesetengah orang anggap biasa je, bagi saya tak. Mungkin sebab saya memang sukakan keindahan alam ciptaan Tuhan, sejak dari dulu lagi. Orang cakap, keindahan alam semulajadi. Saya memang suka tengok bukit bukau, gunung ganang, lautan, bunga-bungaan, daun-daunan, rumput-rumputan (eh?).
Jomlah tengok gambar sikit
Saya duk belakang, teman cik adik duduk kat car seat. |
Amacam, cantik ada iras-iras Guilin tak? Keh keh keh
Guilin, China |
Ini unjuran dari Banjaran Titiwangsa. Tapi bukan bukit batu kapur |
Sebenarnya, satu lagi saya suka tengok, air terjun Lata Kinjang yang boleh nampak dari highway. Fuhh, cantik dan menakjubkan. Air kat Lata Kinjang ni kan, kadang-kadang nampak macam halus je dari bawah. Kadang-kadang nampak besar dan banyak airnya. Sebenarnya ikut musim. Kalau musim cuaca kering, nampak halus je dari jauh. Tapi kalau masa tu musim hujan, memang nampak air turun tu sangat ganas dan banyak ok. Tapi tak sempat nak snap gambar pulak. Ni gambar Lata Kinjang pemandangan dari highway (gambar pinjam)
Harap satu hari nanti boleh jejak kaki ke Guilin, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment