Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip
Sumber foto: google
Pengalaman pertama kali saya makan wasabi adalah semasa bercuti di Korea. Masa kat Malaysia selalu dengar tentang wasabi ni, orang cakap pedas. Saya pula tak pernah mencuba kerana tak berminat lagipun budaya orang kat Malaysia ni memang tak makan wasabi. Di Malaysia, wasabi dihidangkan bersama dengan sushi. Semasa di Korea pulak, saya jumpa wasabi yang dihidangkan bersama ikan bakar.
Ok, firt time nak rasa, saya dengan tak beragaknya, ambik sesudu wasabi lalu di suap ke mulut bersama dengan sesudu nasi.
Nak tahu apa jadi? Fuhhh. Tu dia... rasa meletup-letup, sakit hidung, perit, pedas, panas semua bercampur-campur. Dia bukan rasa kat lidah tau, tapi rasa kat hidung. Yang penah makan wasabi mesti tahu macamana rasanya. Adik saya gelakkan saya macam kerang busuk. Rasa nak nangis weii.
Saya ape lagi, cepat-cepat keluarkan wasabi dari mulut. Lepastu baru rasa lega.
Sejak dari tu, rasa serik nak sentuh wasabi. Wasabi ni sebenarnya makan sikit je, hujung sudu cukuplah. Bukan ambik sesudu terus suap. Tapi saya memang seriklah. Cukuplah sekali je rasa. Hahaha.
Meh nak cerita sikit tentang wasabi.
Wasabi ni tanaman asli masyarakat Jepun. Ia adalah dari famili kubis. Nama saintifiknya Eutrema japonicum. Selalu dihidangkan bersama sushi, sashimi, soba dll. Ia mempunyai bahan anti-mikrob, Sebab tulah ia selalu dhidangkan bersama makanan mentah seperti sashimi untuk membunuh mikrob yang ada pada makanan-makanan tersebut (Patutlah... diorang tak kisah makan makanan mentah).
Selain dimakan bersama makanan mentah, wasabi juga dijadikan aiskrim, crisp, salut pada coklat dan macam-macam lagi. Apo-apo yolah. Yang penting orang yang suka makan ni rasa bahagia, sudahlah. Haha
Wasabi paste |
rupa tumbuhan Wasabi |
No comments:
Post a Comment