Bersambung dari bahagian satu
Penginapan di Pasir Bogak
Sampai je Pangkor, sewa satu van warna pink untuk ke tempat penginapan di Pasir Bogak.
Kami menginap di Uptown Beach Resort.
Harga untuk satu bilik/malam, RM150.
Kami ambik dua bilik untuk keselesaan.
Sebelah menyebelah.
Ada pintu bersambung, Hotel ni bagi saya ok.
Taklah mewah dan taklah cikai, haha.
Berhadapan dengan pantai.
Dalamnya ada toilet, double bed, minuman 3 in 1,
air mineral dan gelas, televisyen (ada beberapa chanel sahaja termasuk astro),
penanda arah kiblat, sejadah, almari, penyangkut baju dan wifi yang laju.
Bilik bersih, kawasan luar bilik pun bersih.
Masa kami datang, tak ramai sangat orang.
Dan hotel ni jugak agak jauh dari pekan.
Agak sunyi dan jauh dari gerai makan.
Jadi malam tu kami makan burger je.
Huaaa.. jadilah buat alas perut.
Apapun syukur sebab kalau gerai burger tu takde,
tak tahu nak makan ape malam tu.
Memang tak expect lansung yang hotel ni jauh dari gerai makan.
Kami pun takde kenderaan, jadi pasrah jelah. Haha.
Ada maggi goreng, nasi goreng dan roti, jam, air panas (kopi dan teh).
Kami makan agak banyak, hahaha.
Mungkin sebab lapar malam tadi tak makan elok-elok.
Lepas siap makan, kemas-kemas untuk check out sebab
lepas tu nak pusing pulau dengan van pink.
Terserempak dengan uncle pemandu van pink yang kami naik
masa mula-mula sampai. Bayaran untuk pusing pulau, RM60.
Janji dengan uncle tu nak gerak pukul 10.30 pagi,
jadi sebelum tu kami tengok kawasan yang berhampiran.
Ada Pangkor Village Beach Resort.
Inilah tempat kami sekeluarga duduk masa datang Pulau Pangkor tahun 1993.
Masatu kami duduk dalam khemah.
Banyak juga yang berubah kawasan ni.
Antaranya tak sesibuk dan semeriah dulu.
Kalau dulu,ramai sangat orang kat kawasan ni.
Tapi sekarang sunyi sepi.
Kawasan tapak perkhemahan pun dah takde.
Hanya chalet-chalet.
jadi sebelum tu kami tengok kawasan yang berhampiran.
Ada Pangkor Village Beach Resort.
Inilah tempat kami sekeluarga duduk masa datang Pulau Pangkor tahun 1993.
Masatu kami duduk dalam khemah.
Banyak juga yang berubah kawasan ni.
Antaranya tak sesibuk dan semeriah dulu.
Kalau dulu,ramai sangat orang kat kawasan ni.
Tapi sekarang sunyi sepi.
Kawasan tapak perkhemahan pun dah takde.
Hanya chalet-chalet.
Pangkor Village Beach Resort. Pintu gerbang masih ada. Tapi tak pasti rupa dia masih sama atau tidak. |
Chalet di Pangkor Village Beach Resort |
Inilah hotel kami menginap. Besar kawasan ni. Yang atas bukit tu under resort yang sama, tapi waktu kami datang takde orang. |
Pemandangan di Pantai Pasir Bogak |
Pemandangan di Pantai Pasir Bogak |
bersambung..
No comments:
Post a Comment