Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday, 1 February 2016

Pengalaman bercuti di Seoul, Korea Selatan musim bunga- 9 tips umum

Pengalaman bercuti di Seoul, Korea Selatan musim bunga- 9 tips umum 

Insya Allah saya nak cerita serba sedikit
pengalaman bercuti di Seoul,  Korea Selatan pada musim bunga,

dan beberapa tips umum yang boleh dikongsikan
berdasarkan pengalaman saya yang tak banyak mana, tapi bolehlah nak kongsi sikit-sikit.

Saya ke Korea bersama keluarga pada bulan 11 April- 15 April 2015.  

Suhu pada masa ini antara 4°C- 20°C

Alhamdulillah, tepat-tepat waktu ini bunga sakura
atau orang  panggil cherry blossom sedang berkembang elok di Seoul.

Itupun sebenarnya waktu kami datang, dah hujung-hujung fasa blossomnya. 


Orang Korea panggil sakura, ë²šê½ƒ, Beokkot.


tips ke korea musim bunga



Jangkaan bunga cherry berkembang di Korea ialah
pada hujung bulan Mac sehingga pertengahan bulan April.


Dan berkembang dalam tempoh dua minggu. 

Sebenarnya, kehadiran musim di Korea ni agak berbeza mengikut kawasan. 

Sebagai contoh, Pulau Jeju bunga sakura/cherry lebih cepat dari Seoul kerana Seoul lagi jauh ke arah utara.


Busan pun sama. 

Busan bunga sakura lagi awal berkembang berbanding di Seoul. 

Jadi seeloknya kalau nak travel negara 4 musim,
kenalah rujuk forecast dan tengok peta juga.


Barulah berbaloi-baloi,
kalau betul la nak tengok bunga sakura/ cherry berkembang mekar.

Kalau tak rugi je datang jauh-jauh, tengok-tengok bunga sakura/cherry dah gugur.


1. Nak tengok bunga cherry (sakura) berkembang

 Rujuk forecast jangkaan bunga cherry berkembang.

Anda boleh semak di google.

Sebagai contoh type " cherry blossom forecast korea 2018

sumber: http://english.visitkorea.or.kr/



2. Suhu 


Suhu di Seoul Korea pada musim bunga di antara 4 °C- 20°C.

Kalau hari siang biasanya suhu antara 16°C-20°C.

Kalau tengahari tu, dingin je dan tak sejuk sangat.

Kadang-kadang ada rasa terik juga bila matahari terpacak.

Masa tengahari tu saya sampai buka baju sejuk sebab berpeluh. 


Kalau  satu-satu kawasan tu nak hujan, biasanya suhu akan drop
dan memang sejuk yang amat.

Pernah satu masa tu, semasa kami di Insadong,
langit gelap dan terasa cuasa sejuk yang amat sangat.

Tak lama lepas tu hujan pun turun.
Lepas hujan turun, dah tak sejuk sangat. 


Suhu boleh drop hingga 4°C bila nak hujan dan bila menjelang malam, dia makin lama makin sejuk hingga awal pagi.

Seoul juga selalu hujan.

Hujan dia taklah lebat macam di Malaysia.

Renyai-renyai je tapi boleh jadi berlarutan sampai ke petang.

Jadi bila nak berjalan-jalan tu,
bersiap sedia dengan payung atau baju hujan. 

Untuk semak suhu, boleh layari website
accuweather.com. Type "Seoul temperature" di bahagian search. 


2. Pakaian

Seeloknya bila nak jalan-jalan tu pakailah dua-tiga lapis pakaian.


Macam kami, kat dalam pakai  t-shirt,
lepastu kat luar pakai baju sejuk.

Dan lapisan paling luar sekali pakai jacket. walaupun
ada masa suhu tak berapa sejuk sangat,
buka baju di lapisan luar tu.

Nanti bila sejuk datang, pakailah semula. 

Untuk pakaian kanak-kanak, saya akan cerita asing. 

3. Kasut dan stokin

Kalau anda backpacker dan akan banyak berjalan,
pakailah kasut yang sesuai.


Potong kuku elok-elok supaya nanti tak kena cagu.
Pakai kasut bertutup untuk elak sejuk dan juga stokin.

Stokin penting untuk elak melecet
bila dah terlalu banyak berjalan. 

Kat Seoul ni, kalau yang backpacker tu bukan setakat berjalan.

Anda akan naik subway banyak kali dan perjalanan
turun naik subway, anda terpaksa naik tangga
yang tinggi berkali-kali.

Patutlah orang Seoul kurus-kurus.

Budaya mereka kat sini berjalan, berjalan dan berjalan,

panjat tangga, panjat tangga dan panjat tangga
tak habis-habis.

Walaupun nak ke tempat kerja.
Haha.

Memang sangat beza dengan orang Malaysia.


4.  Ubat-ubatan

Sebagai menghadapi musim bunga yang agak sejuk dan fasa kembara yang banyak berjalan ni,

bawalah ubat-ubatan asas sebagai persediaan.

Jangan lupa, bawa Ammeltz Yoko-Yoko,
manalah tahu tiba-tiba kaki cramp sebab banyak sangat berjalan dan panjat tangga.

Saya sendiri hari kedua kaki dah cramp teruk
sampai rasa menderita setiap kali naik tangga. 


Sakitnya tak boleh nak cakap. 
Dan bila nak naik turun tangga perit yang amat. 
Saya sapu Ammeltz Yoko-Yoko supaya muscle cepat pulih. 


Punca kaki cramp sebab otot betis tiba-tiba terpaksa bekerja keras

bila terlalu banyak berjalan dalam masa yang singkat. 

Otot tak sempat rehat.

Disebabkan sakit kaki ni saya hampir nak duduk saja
di guest house sepanjang hari.


Tapi tak syoklah. Orang lain sakan berjalan,

kita datang jauh-jauh duduk guest house.


 5.  Tempat penginapan

Seeloknya cari tempat penginapan yang strategik. 
Tak kisahlah guest house ke , hostel atau hotel sekalipun (jika mampu), 
pilih yang strategik. 

Strategik ni maksudnya  senang access dengan stesyen pengangkutan awam,
dekat dengan restoran/ kedai makan dan berdekatan dengan kedai-kedai convenience store,
selain keselamatan dan keselesaan.


Macam kami haritu, menginap di guest house 2 C House Hotel yang terletak di Wangsimni. 

Memang puas hati la sebab strategik dan guest house ni jugak selesa. 

Dekat dengan  KTX (keretapi laju)- senang nak pergi Pulau Nami,
dekat dengan metro station (subway), dekat dengan shopping mall, 
dekat dengan convenience store dan dekat dengan bus stop (senang nak pergi airport Incheon).

Saya akan buat entry khas tentang guest house ni ya.


6. Makanan

Tentang makanan, ada banyak restoran halal di Itaewon.

Selain tu boleh juga anda bawak siap-siap makanan dari Malaysia,
contohnya produk Brahim yang boleh dimakan terus.

Cuma mungkin kena panaskan dengan microwave.

Di kebanyakan guest house di Seoul, mereka juga menyediakan microwave untuk kegunaan tetamu mereka.

Boleh beli nasi segera yang hanya perlu dipanaskan dengan microwave.

Ada banyak dijual di convenience store.


pengalaman bercuti di korea musim bunga
nasi segera dan kari Brahim. Sedap!



Tips beli roti

Ada tips yang dikongsikan oleh rakan kepada adik saya yang belajar di Seoul. 

Kena hati-hati dengan makanan yang dijual di sini.

Mungkin nampak halal, tapi kita tak tahu ingredients sebenar dalam makanan tu. 

Contohnya kalau produk bakery, boleh beli roti putih sahaja. 

Yang lain-lain macam puff pastry ke, roti berinti ke, kek dan lain-lain lebih baik elakkan. 
Kecuali diyakini produk tu buatan muslim.  

Kalau street food, kalau kuih-kuih manis tu Insya Allah boleh dimakan kalau tak bercampur atau dijual bersama  dengan makanan lain yang diragui. 

Ada banyak artikel yang  menulis tentang panduan mencari makanan halal di Korea.


pengalaman bercuti di korea musim bunga
roti yang kami makan setiap hari

Kalau dah teringin sangat, minta tolong pada student Malaysia. 

Bolehlah diorang tolong tanyakan pada pekerja kedai tu ingredients dalam makanan yang anda teringin sangat-sangat nak makan tu.


7. Pengangkutan

Pengangkutan di Seoul sangat mudah.
Hampir keseluruhan Seoul anda boleh access dengan subway. 

Senang sangat. Nak naik subway ni, beli kad T-Money dengan harga 1000 won, bersamaan dengan RM10. 

Naik subway atau bas hanya guna T- money. T- money ni macam kad TnGo.

Bila dah habis, boleh top up semula nilai dia.

Dan andaikata ada lebihan bila nak dekat balik Malaysia nanti, boleh refund balik duit.
Dia akan tukarkan kad tu dengan cash tu. Haa kan senang hidup.

Tak payah pikir berapa kos nak pergi mana-mana, tak payah susah-susah beratur kat kaunter tiket.



8. Peralatan untuk tandas awam

Tandas awam di Seoul kebanyakannya tiada paip air disediakan.
Air hanya ada di sinki-sinki tandas.

Jadi pelancong muslim perlu bawa alternatif supaya mudah bersuci.

Boleh bawa bekas dengan portable bidet seperti gambar di bawah.

Fungsinya sama macam paip air, cuma kita perlu refill sentiasa.

Boleh beli di sini ==> Portable bidet

portable bidet




9. Universal Adapter

Plug di Korea tak sama dengan kita di Malaysia, jadi eloklah kalau bawa universal adapter siap-siap.

Universal adapter ada dijual di 11street.my, Lazada dan Mr Diy.


10. Beli  tiket masuk destinasi tarikan pelancong, pass, T-money, keretapi laju, bas airport transfer secara online sebelum bertolak.

Seeloknya sebelum bertolak  ke Seoul, anda sudah merangka itinerary. Dari itinerary tu anda boleh merancang perjalanan.. Nak naik transport apa, nak  tidur hotel mana, nak  beli tiket apa.

Beli tiket yang berkaitan siap-siap dari Malaysia lebih mudah.  Jadi saya nak  cadangkan satu  aplikasi  Klook  yang membolehkan anda beli tiket berkaitan. Beli wifi pun boleh. Kena klik Shopback dulu seterusnya masuk ke  Klook.








Dengan Shopback,  anda boleh dapat cashback  dengan setiap transaksi   yang anda buat.

Klik sini untuk register Shopback  >>Register Shopback<<



11. Menggunakan Naracards sebagai panduan untuk berjalan-jalan secara sendiri di sekitar Seoul

Anda sedang merancang ke Seoul, Korea?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Korea Selatan dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Seoul , Busan dan Jeju.

Saiznya  yang hanya sebesar bussiness card memudahkan pengguna untuk menyimpan  membawanya  ke mana saja.




Jom saya terangkan cara penggunaan.

Contoh kalau anda nak ke Cheonggye Plaza dengan menaiki subway (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis Subway Line 5 yang anda perlu naik dan berhenti di stesyen Gwanghamun exit 5.





Stesyen subway ada banyak exit. Kalau tak hati-hati, kita boleh tersesat.


contoh lain..

Katakan anda nak N Seoul Tower dengan menaiki teksi, tunjuk saja alamat yang tertera dalam kad ini kepada pemandu teksi. Nombor telefon juga boleh digunakan. Nombor telefon boleh digunakan sama ada naik teksi ataupun jika anda memandu sendiri. Masukkan maklumat nombor telefon dan alamat di GPS.


Ataupun, anda juga boleh memberitahu maklumat ini pada orang awam yang lalu lalang sekiranya perlukan bantuan mereka.


Jika nak naik subway pulak, untuk ke Seoul Tower anda naik subway line 4 dan berhenti di stesyen Hoehyeon, terus ikut exit 1 dan berjalan kaki ke Namsan Cable Car.









Naracards memang memudahkan anda, sebab tak payah rujuk di map besar di stesyen subway!

Hanya rujuk kad yang ada di tangan anda saja.


Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut tentang Naracards: 

Naracards Seoul Set




Entry lain berkaitan travelog ke Korea Selatan >>>Travelog Korea Selatan<<<





No comments:

Post a Comment