Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 16 February 2016

Pengalaman bersalin di Hospital Serdang part 3


Wad 8B ni tingkat 8.  
Sunyi memang sunyi, tapi nurse selalu keluar masuk bilik. 

Saya dan Sumayyah, setiap 3 jam 
diorang akan masuk bilik dan ambik bacaan suhu dan BP s
ebab beberapa hari sebelum bersalin ketuban saya bocor awal. 

Diorang nak pantau saya selama 3 hari selepas tarikh bersalin 
untuk tengok keadaan saya, ada demamkah? 
Ada sakit apa-apakah? 

Itu memang prosedur mereka 
sebab ketuban bocor awal ni memang ada risiko jangkitan kuman, 
sebab protection yang melindungi baby dalam uterus tu dah takda.  

Maka, redhalah saya. Dahlah kena tahan awal sebelum bersalin (3 hari sebelum),
 lepas bersalin pun kena tahan lagi 3 hari. Bertabahlah.


Pakaian di wad bersalin kelas 1

Pakaian di wad bersalin kelas 1, sama dengan wad kelas 3. 

Wajib pakai hospital punya yang warna pink. 

Satu set, baju dan kain. Mula-mula pakai memang rasa canggung sangat. 

Saya memang kerap tukar. sebab tak selesa pakai lama-lama. 

Maklumlah ibu lepas bersalinlah katakan.  

Dahlah menyusukan baby. 

Nak tukar baju pink ni mudah sangat 
sebab pihak hospital Serdang dah sediakan bilik khas baju-baju bersih untuk patient. 

Bila nak tukar, ambik baju bersih dan baju yang kotor 
letak dalam bekas khas yang diorang sediakan. 

Nama pun hospital maka kebersihan kat sini 
memang diorang jaga sangat-sangat. 

Takdenya diorang marah-marah kalau kita asik tukar baju je. Haha

Dari segi makanan, sama saja dengan wad kelas 3. 

Takde beza. Makanan ok. 

Takdelah teruk

dan  janganlah harap dapat makan mewah-mewah

macam di hospital swasta pulak.

Haha. Syukur seadanya.


Masa di wad kelas 1 ni walaupun agak privacy, 
kita still kena jaga aurat. 

Maksud saya kena berjaga-jaga jugaklah 
sebab masa saya dulu, cleaner  memang selalu  masuk bilik 
untuk bersihkan toilet dan ambil sampah. 

Kalau cleaner semua perempuan takpe jugak. 

Ni lelaki pun ada. 

Pihak yang serve makanan pun sama juga, 

diorang akan masuk bilik hantar makanan. 

Kadang-kadang tu pekerja yang hantar makanan lelaki. 

Jadi kena hati-hati ok. 

Mintalah tolong suami jagakan bila kita nak rehat atau tidur atau susukan baby. 

Kadang-kadang tak sedar, masa aurat terdedah masatulah depa masuk.  


Setakat ni dulu. Nanti saya sambung lagi tentang keperluan yang patut di bawa ke hospital. Mood rajin dah datang ni macam-macam idea nak tulis dan kongsi. 

Ok Bye bye

==========================

Anda sedang mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu?

Dapatkan buku yang menarik ini





klik sini



Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu




No comments:

Post a Comment