Tempat makan best di Seremban: Mama One Stop Bakery
Dialog semalam:
Saya: Mak, jom makan kat Mama Bakery. Sabrina belanja.
Mak: Ok
Saya: Kita tunggu orang balik Solat Jumaatlah. Nanti susah nak lalu situ
Mak: Oklah
Itulah dialog saya dengan mak semalam. Minggu ni saya balik ke rumah mak memandangkan Encik Suami ke Terengganu,menyertai himpunan Jubli Perak Jabatan Amal Malaysia.
Kami makan tengahari di Mama One Stop Bakery. Terletak di Kg Sentosa, Paroi, Negeri Sembilan. Saya panggil kedai Mama. Kedai Mama ni tak jauh dari rumah mak saya. Dalam 1 KM kot jaraknya. Saya memang suka makan kat Kedai Mama. Setiap kali balik Paroi, mesti akan ajak sapa-sapa makan kat situ.
Kalau nak datang sini kena bersiap sedia fizikal dan mental sebab tempat letak kereta selalu penuh dan bila nak keluar dari tempat kereta agak susah sebab jalan depan Kedai Mama ni sentiasa sibuk dan berdekatan dengan corner. Kadang-kadang tak jangka ada kereta nak datang dari arah corner jalan.
Sampai-sampai Kedai Mama, terus order makanan. Saya dan mak pilih Laksa. Untuk Sumayyah, saya pilihkan nasi lemak telur dadar. Tambahan untuk side dishes, meat ball 10 biji + kuah blackpepper + jem strawberry + mash potato dan salad. Meatball ni ala-ala Swedish Meatball kat Ikea tu.
Kat sini sangat banyak pilihan makanan. Ada mee bandung,laksa, meehun sup,soto, kek, donut topping dan kuih-muih dia yang famous tu.
Tak sangka,kedai Mama ni berkembang maju sampai tahap ni. Masih ingat lagi masa saya umur sekolah menengah dulu, gerai dia kecik saja, tepi jalan. Macam-macam dia jual termasuk pokok bunga. Lepas pokok bunga, jual pau. Selepas jual pau tu bisnes dia makin lama makin besar sampailah tahap sekarang ni, dah ada restoran dan pelbagai donut dengan topping yang bermacam-macam. Nama pun Mama Bakery kan.
Landscape dia memang best. Memang sedap dan sejuk mata memandang. Penuh dengan pokok-pokok. Rasa seolah-olah makan dalam taman.
Ruang makan dia pun ada banyak. Ada open air, ada ruang yang berair-cond
Jom tengok gambar pulak.
Ruang air cond.
Meat ball ni sedap jugak. 10 biji dengan sos blackpepper
Mama One Stop Bakery ni ada buka cawangan kat bandar Seremban. Untuk maklumat lanjut boleh tengok di FB Page mereka: Mama One Stop Bakery
No comments:
Post a Comment