Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 18 March 2016

Bercuti di Korea Selatan musim bunga day 4

Bercuti di Korea musim bunga day 4. 

Sambungan dari entry Bercuti di Korea musim bunga day 3

Hari keempat, 14 April 2015 dan juga hari terakhir untuk berjalan-jalan di bandar Seoul. 

Masa ni dah start rasa sedih sebab esoknya dah kena balik. 

Tak puas weh jalan-jalan kat sini. 

Harini kami nak makan ikan bakar di Dongdaemun. 

So tengahari tu siap-siap terus pergi ke metro station untuk naik subway. 

Kalini Insya Allah takkan sesat sebab adik dah buat research sehari sebelum, 
cara yang lebih tepat untuk ke sana. 

Cheoggyechon Stream

Sebelum makan ikan bakar, kami singgah sekejap di Cheonggyechon Stream. 

Apa itu Cheonggyechon Stream? 

Cheonggyechon Stream ni sebatang sungai yang mengalir di sepanjang bandar Seoul. 

Panjangnya 10.9 KM

Mengikut sejarah,

sungai ini dahulunya sangat teruk, kotor dan penuh sampah 

tetapi pada tahun 2003, pemerintah di Seoul menggiatkan usaha untuk restore semula
 sungai ini agar jadi lebih bersih, lebih elok, lebih baik paras rupa. 

Dan hasilnya sungai ini sangat jernih airnya dan bersih dari sampah sarap. 

Siap boleh celup-celup kaki kat sini. Tak geli pun. 
Siap ada banyak ikan berenang dengan riang ria.

Dia lebih kurang macam Sungai Gombak-Sungai Klang di tengah-tengah bandar KL nun,
tapi sungai ini bersih berseri ok. 

Sungai yang KL tu warnya macam teh tarik. Haha.  


bercuti di Korea Selatan musim bunga

Ini antara pokok bunga sakura yang kami lihat di Cheonggyechon Stream.

Waktu kami datang bunga sakura sedang berkembang mekar.

Di mana-mana boleh nampak bunga sakura ini.

Warnanya juga ada pelbagai.

Antara yang kami sempat lihat, warna pink dan putih




bercuti di Korea Selatan musim bunga

bercuti di Korea Selatan musim bunga


Lepas makan kami singgah underground shopping center 
dan petang tu terus balik guest house sebab semuanya dah kepenatan. 

Jadi, berakhir sudah travelog saya untuk keempat-empat hari. 

Rindulah nak pergi Korea lagi. 

Pengalaman travel ke Korea ni sedikit sebanyak membuka minda saya 
tentang budaya bangsa lain. 

Nanti kalau rajin saya cerita sikit tentang sikap orang-orang Korea di Seoul 
setakat pemerhatian saya secara umum. 

Insya Allah sedang merancang nak datang lagi ke Korea musim autumn atau snow. 

Lagipun banyak tempat tak jejak kaki pun antaranya Pulau Nami, Myeongdong, Nadameun dll.

Oh ya, Japan pun dah masuk dalam list. 

Semoga dipermudahkan urusan nak kembara bumi Tuhan lagi~


Semua kisah yang saya coretkan tentang bercuti di Korea, 
boleh klik link ini; Travelogue Korea Selatan



=======================

Anda merancang untuk bercuti di Korea?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Korea Selatan dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Seoul , Busan dan Jeju.

Contoh kalau anda nak ke Cheonggye Plaza dengan menaiki subway (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis Subway Line 5 yang anda perlu naik dan berhenti di stesyen Gwanghamun exit 5.







Stesyen subway ada banyak exit. Kalau tak hati-hati, kita boleh tersesat. 

Jadi kena ada maklumat yang mencukupi sebelum travel ke Seoul. 
Memang memudahkan anda, sebab tak payah rujuk di map besar di stesyen subway! 

Hanya rujuk kad yang ada di tangan anda saja.



Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut: 


Naracards Seoul Set












No comments:

Post a Comment