Doa membebaskan diri dari hutang piutang.
Dalam kehidupan kita sekarang lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil, selalunya agak susah untuk kita lari dari hutang.
Hutang ni tak semestinya pergi jumpa along, pinjam duit baru dinamakan hutang.
Kadang-kadang tanpa kita sedar, kehidupan kita sebenarnya dibelit hutang.
Nak beli rumah, kena buat pinjaman perumahan, nak beli kereta terpaksa buat pinjaman dari bank, nak lansungkan kenduri kahwin kadang-kadang terpaksa meminjam saudara mara, atau terpaksa buat pinjaman peribadi.
Nak belajar terpaksa berhutang.
Parah, parah. Siapa yang suka berhutang? Takde siapa pun kat dunia ni suka berhutang.
Ada orang yang membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan hutang.
Bahaya tu kalau dah sampai tahap nak bunuh diri.
Ada satu doa untuk membebaskan diri dari hutang.
Doa ni sebenarnya jadi bacaan rutin harian saya semasa di sekolah.
Doa bebas hutang ni adalah salah satu doa-doa ma'thurat.
Apa itu ma'thurat? Ma'tthurat ialah doa-doa dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah dan kemudian dikumpulkan oleh Imam Hassan Al Banna.
Waktu itu kami semua setiap petang diwajibkan untuk membaca al ma'thurat.
Waktu tu saya memang buat bukan kerana keikhlasan dan kesedaran diri, tapi atas kerana peraturan asrama (maaf kerana bukak pekung di dada, hahaha).
Doa ni sesuai elok di baca pagi dan petang.
Lebih baik jika dibaca keseluruhan ma'thurat terus.
Inilah doanya
Jomlah kita beramal doa bebas dari hutang ini mulai sekarang.
Bagaimana besar pun masalah kita, kita ada Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa.
Lebih besar dari segala yang besar di langit dan dimuka bumi
Semoga urusan kita semua dimudahkan dan mendapat bantuan dariNya. Insya Allah
No comments:
Post a Comment