Ok memandangkan ada carian "bawa stroller naik flight" yang sampai ke blog saya,
jadi saya nak kongsi sedikit pengalaman saya bagaimana nak bawa stroller naik flight.
1. Check in macam biasa. Lepas check in boleh bawa terus stroller bersama bayi ke terminal gate. Stroller akan dicheck in sekali dan diberikan tag
2. Bila di sampai di waiting room, lipat stroller dan staff airport akan tolong simpankan stroller tersebut masuk ke dalam bahagian kargo. Nak mudah kerja semua pihak, pakailah stroller lightweight yang ringan dan boleh dilipat compact. Contoh macam di sini >>Stroller lightweight dan compact<<<
3. Bila dah sampai ke destinasi, keluar saja dari perut pesawat, akan ada staff airport yang suruh anda tunggu di laluan aerobridge tu, sampailah stroller anda dibawa keluar.
4. Ok, sekarang anda dah boleh letak bayi anda dalam stroller.
Sedikit info tambahan tips bawa anak kecil naik flight
1. Kalau penerbangan yang memakan masa lama, eloklah tukar lampin siap-siap sebelum naik flight.
Percayalah cakap saya, agak susah nak tukar lampin dalam flight. Toiletnya sempit dan kecil. Kalau baby kecil takpe lagi sebab boleh tukar dalam bassinet,
lagipun hanya pakai wipes dan tak pakai air yang banyak kan?
2. Boleh bawa makanan baby masuk dalam pesawat.
3. Bersedia untuk menghadapi kemungkinan anak meragam semasa dalam pesawat. Mungkin kerana bosan, mungkin kerana takut, mungkin kerana tak selesa
dan boleh jadi sebab sakit telinga semasa nak landing.
Saya ada kongsi sikit tips hadapi sakit telinga semasa nak pesawat. Baca di sini Pengalaman dan tips bercuti ke Korea dengan anak kecil
miss nk tanya klu bawa stroller kena caj ke?
ReplyDeletekalau airasia free je
Delete