Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
Baru-baru ni saya ada mencuba resepi yang hangat diviralkan di FB iaitu ayam masak kicap pedas.
Dan sumber asal Puan Selvanayagi Rajalingam dari group MASAK APA HARI NI
Sajelah nak cuba bila baca komen-komen yang cakap resepi ni memang sedap.
Maka saya dengan gigihnya pergilah kedai dan beli bahan-bahan yang takda dalam peti ais.
Sebenarnya semua bahan-bahan dah ada, cuma yang takda, daun kari saja.
Bila dah siap masak dan rasa, mak oii sedapnyeeeeee.
Serius sedap. Tak tipu.
Lain dari ayam masak kicap yang saya selalu buat.
Saya rasa la kan yang membuatkan resepi ayam masak kicap pedas ni sedap ialah daun kari dan cili kering yang ditumis.
Dan juga bahan dan teknik perapan ayam selama setengah jam (rasanya lagi lama perap lagi meletup, tapi saya buat setengah jam saja).
Anda mesti teruja nak cuba kan.
Haaa, meh saya kongsi resepi.
So kredit resepi dan semua gambar yang saya kongsi ini kepada Puan Selvanayagi Rajalingam iaitu tuan asal resepi yang tak lokek kongsikan resepi ayam masak kicap pedas ni pada umum ye.
Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam
Tomato setengah biji
Bahan untuk perap ayam
Serbuk cili (1 sudu besar atau lebih kalau lebih pedas)
Kicap tamin dark soy sauce
Bawang putih 6-10 ulas (blend halus atau tumbuk)
1 inci halia (blend atau tumbuk sekali dengan bawang putih )
Secubit garam (tapi kicap dah masin. tak payah letak pun takpe)
Untuk tumis
Bawang besar sebiji (hiris)
Bawang putih 5 ulas (hiris)
1 inci Halia (hiris)
Daun kari (saya guna 20 helai)
5-6 cili kering
Cara-cara, rujuk gambar ye
letak garam sikit
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
letak serbuk kunyit. Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
letak serbuk cili, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
kicap tamin
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
rendam/perap ayam dengan kicap +bawang putih+halia+serbuk cili+serbuk kunyit
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
untuk tumis. bawang putih+cili kering+halia+bawang besar+daun kari
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
tumis kayu manis +bunga lawang dulu
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
lepastu masukkan daun kari+cili kering+bawang putih+halia
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
tumis sampai layu macamni
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
masukkan setengah biji tomato pulak
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
masukkan ayam yang diperap
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
tutup periuk supaya masak sekata
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
masukkan lebihan kuah perapan ayam tadi dan teruskan masak sampai ayam-ayam betul masak ye
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
ok ni rupa bila dah siap. sedapnya, nyum-nyum
Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam
Ok, silalah cuba untuk juadah berbuka puasa nanti.
Jom dapatkan buku yang menarik ni. Klik sini untuk order Chef Hanieliza 77 Resepi Pressure Cooker
wah ...ayam kecap ..sedaaaaaapnya ......
ReplyDeletememaang sedap :)
DeleteSalam. Ayam tak digoreng dulu ye?
ReplyDeletetak digoreng sis. perap sahaja
Delete