Antara tempat menarik di Taiping ialah Taman Tasik Taiping.
Pada hari raya pertama baru-baru ini saya bersama adik-adik ipar,
anak saya dan dua orang anak saudara mengunjungi
Taman Tasik Taiping untuk riadah dan bawa budak-budak kecik ini ambik angin petang.
Walaupun masih dalam mood raya, tak salah kan untuk jalan-jalan di Taman Tasik Taiping.
Masa kami sampai di sana, masya Allah ramainya orang.
Sungguh tak sangka, ingatkan bila raya
semua orang akan duduk di rumah atau sibuk beraya di rumah saudara mara hehe.
Luas sebenarnya Taman Tasik ni.
Ia memang popular dengan panaroma tasik yang nampak tenang
dengan deretan pokok hujan-hujan dengan dahan yang berjuntaian di tasik.
Tempat ni memang popular untuk orang photoshooting,
terutamanya untuk pengantin-pengantin baru.
Ia merupakan bekas lombong bijih timah terbiar yang dibuka pada tahun 1880.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini main bot kayuh,
menunggang basikal, beriadah di taman permainan, main kasut roda,
berkelah sambil makan-makan, berjogging dan macam-macam aktiviti lagi.
Kami pilih kawasan yang jauh sikit dari tasik,
tapi still nampak cantik dan serene. Ada playground kat sini.
Masa sampai tu ramailah kanak-kanak yang main kat situ.
Amboi bukan main seronok diorang ni.
Anak saya dan dua orang anak saudara tu pun apa lagi,
tak lepaskan peluang main buaian dan gelongsor-gelongsor di sini.
Kami bawa bola juga dari rumah.
Anak sayalah paling seronok bila dapat tendang bola sepuasnya dengan mak saudara dia.
Foto yang saya ambil. Pakai henfon biasa je. Tapi realiti, pemandangan di sini memang cantik. Luas padangnya. Boleh lari-lari, berkelah etc |
Kaum ibu berborak sambil pantau anak main di playground |
sorry uncle, terambik gambar pulak. |
Bila dah petang sikit dalam pukul 6.30 petang, kami beransur pulang
dan round satu kali di sekitar Taman Tasik Taiping untuk melihat suasana petang di sini.
Wah, semakin ramai orang dengan masing-masing memakai baju raya.
Rupanya mereka nak photoshoot gambar raya dengan pakaian yang sedondon.
Jadi bagi anda yang sedang merangka percutian ke Perak,
singgahlah sekejap ke Taman Tasik yang popular ni. Rugi kalau tak singgah tau.
singgahlah sekejap ke Taman Tasik yang popular ni. Rugi kalau tak singgah tau.
No comments:
Post a Comment