Baru-baru ni saya,emak dan adik makan-makan di restoran Korea di DubuYo, The Mines.
DubuYo ni dulu dikenali sebagai Dubu-Dubu.
Emak sebenarnya asalnya nak pegi Eid Cafe, restoran sajian Korea di Bangi Sentral, tapi memandangkan hari itu hari Jumaat,
saya cadangkan kami ke The Mines saja sebab rumah adik dekat dengan The Mines.
Lagipun ada restoran DubuYo di The Mines.
Ini kali kedua saya ke DubuYo. Kali pertama di Seremban Parade. Sampai-sampai je mata terus
meliar carik logo halal JAKIM .Alhamdulillah ada!
Sekali dengan sijil halal JAKIM sekali terpampang di dashboard kaunter dia.
Jadi tak ragu-ragu dah makan sini.
Antara menu di Restoran Dubuyo
Cantik decoration di Dubuyo The Mines
Kami order yang dah siap disetkan.
Sebab tak payah pening-pening nak pilih menu apa, lagipun menu yang set ni lebih murah berbanding kalau beli yang ala carte.
Sebab tak payah pening-pening nak pilih menu apa, lagipun menu yang set ni lebih murah berbanding kalau beli yang ala carte.
Kami order Korean Gogi Set, harga RM17.50 untuk satu set.
Lepastu kami order extra rice untuk si kecik Sumayyah makan.
Lepastu kami order extra rice untuk si kecik Sumayyah makan.
Lauk apa yang ada dalam Korea Gogi Set?
Ada dua pilihan lauk. Honey Garlic Bulgogi Chicken atau Kimchi Gogi Chicken.
Kami pilih Honey Garlic Bulgogi Chicken. Dalam setiap set didatangkan dengan Banchan (side dish) iaitu Kimchi dan sayur-sayur lain.
Makanan dah sampai. Ada nasi korea, DubuYo Rice
(sama sebiji rupa dia dengan nasi instant yang kami beli di Seoul tempohari).
Rasa dia macam pulut sikit dan kalau makan sikit je pun, memang kenyang.
Kalau makan banyak lagilah kenyang sangat.
So, kalau nak order nasi, untuk seorang dah cukup.
Tak payah beli extra nanti membazir sebab tak larat nak habiskan.
Ini pun satu mangkuk nasi saya share dengan anak saya.
Selain Korean Gogi Set, adik saya order Bulgogi Udon Soup Chicken.
Mee Udon dengan clear soup. Rasa dia macam sup sayur pun ada, sup ayam pun ada.
Tapi agak masinlah jugak.
Air kami order dua gelas Peach Tea sahaja,
sebab satu gelas Peach Tea ni berharga RM8 (terbeliak biji mata tengok harga kemain mahal.. keh keh).
Pada pendapat saya, makan di sini alhamdulillah kenyang,
boleh tahan sedap especially lauk yang kami makan tu Honey Garlic Bulgogi Chicken.
Menu yang lain kami tak rasa lagi kecuali Cheese Toppokki, pernah makan di DubuYo Seremban Parade
Memang mahal harga makanan di sini, tapi sekali sekala takpelah.. hehehe
Nah ini website Dubuyo http://www.dubuyo.com.
Bolehlah kalau nak tengok menu-menu dia kan.
No comments:
Post a Comment