Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 7 August 2016

Promosi 10% buku Haji dan Umrah di Bookcafe.com.my

Musim haji telahpun tiba. Beberapa rombongan jamaah haji di bawah kelolaan Tabung Haji dah selamat sampai ke Madinah. Wah tiba-tiba teringat kenangan mengerjakan umrah beberapa tahun lepas. Rindu pulak..sob sob.

Ambil mood sempena ketibaan musim haji ini, nak promosi sikitlah berkenaan buku-buku tentang Ibadah Haji dan Umrah. Ada banyak pilihan buku dan anda boleh dapatkan di BOOKCAFE.COM.MY. Ada buku travelog haji tulisan Profesor Muhd Kamil Ibrahim antaranya  buku Travelog Haji +VCD. Ada juga buku Pembimbing Ke Tanah Suci tulisan Haji Wan Mohd Nor Che Mohamed. 





Buku Rujukan Haji dan Umrah untuk Wanita. Yang ni kaum wanita kenalah baca sebab kaum wanita special sikit. Lain dari lelaki. Sebab wanita ni kadang-kadang ada masanya datang haid semasa mengerjakan haji atau umrah. Kalau ada ilmu insya Allah tak panik kalau tiba-tiba datang haid di sana.




Buku passport musafir ada menceritakan tentang isu-isu yang selalu dihadapi oleh musafir seperti tatacara solat qasar dan jamak. Haa, sebenarnya masih ramai tak faham maksud qasar dan jamak. Dulu saya pun main bantai je solat qasar dan jamak. Rupa-rupanya bukan sewenang-wenangnya ye. Ada syarat-syarat dia. Ada juga dibincangkan tentang tatacara solat di dalam kenderaan. 




Ada banyak lagi buku best-best yang berkaitan haji dan umrah, buku-buku  huraian hukum agama dari ulama'-ulama' terkenal kita, antaranya Ustaz Zaharuddin. Sekarang pulak sedang berlansung promosi 10% untuk buku-buku berkaintan haji dan umrah, Jadi jangan lepaskan peluang ye dapatkan buku-buku tersebut di bookcafe.com.my

No comments:

Post a Comment