Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 25 November 2016

Doa keselamatan dan perlindungan

Saya nak kongsikan satu doa keselamatan dan perlindungan yang seharusnya kita amalkan setiap kali keluar dari rumah. Kalau boleh doa ni bukan diamalkan sewaktu keluar rumah sahaja, tetapi bila-bila masa. Emak saya selalu pesan, bila nak keluar rumah, nak naik atau pandu kereta, bacalah doa keselamatan dan perlindungan. Semoga diri kita sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Takut dengar zaman sekarang ni terlalu banyak kes kenayah berlaku di mana-mana.

Doa ini ada dalam al Ma'thurat. Masa zaman sekolah menengah dulu, memang tak miss baca terutamannya semasa tingkatan satu, kami semua diwajibkan baca al-Mathurat.





Ada zikir yang saya selalu amalkan bila keluar rumah, iaitu selawat. Bila perbanyakkn selawat, insya Allah segala urusan menjadi mudah. Selawat juga sebagai satu amalan untuk mohon perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT. Saya ada banyak kisah ajaib tentang amalan selawat ni. Salah satunya saya pernah kongsikan tentangnya di entry ini Keajaiban Selawat Yang Pernah Saya Alami dan Saya meLUAkan anak yang demam. 

Apapun, segala yang berlaku semua dengan izin Allah kan. Sama-sama kita tingkatkan connection kita dengan Allah untuk apa jua situasi dan masa, bukan pada masa-masa susah saja. 

No comments:

Post a Comment