Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday, 14 November 2016

Rezeki datang bila hati tenang

Rezeki datang bila hati tenang. Siapa setuju dengan saya sila angkat tangan? Pernah tak dengar tentang magnet hidup? Benda baik akan menarik perkara-perkara baik yang lain. Manakala benda jahat akan menarik benda-benda jahat yang lain. Begitulah juga dengan rezeki. Rezeki ini dah confirm perkara yang baik kan. Fikiran dan hati masing-masing ada kaitan antara satu sama lain. Fikiran yang baik, hati akan tenang. Hati yang tenang, automatik fikiran jadi tenang. 

Bila kita banyak-banyak bersyukur, hati akan jadi tenang. Dan sumber ketenangan adalah hati yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah sendiri sebut dalam alQuran, siapa yang bersyukur pasti akan ditambahkan lagi nikmat kepada mereka.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)


Syukur yang bagaimana?

Syukur kerana masih dihidupkan sehingga saat ini.
Syukur masih diberikan kesihatan kerana ada orang yang terlantar dihospital dan tak dapat berjalan walau ke mana-mana
Syukur boleh melihat sedangkan ada orang yang tak dapat melihat indah dan warna-warninya dunia ini
Syukur dapat menikmati makanan yang sedap-sedap sedangkan masih ada insan yang kebuluran tiada satu makanan pun untuk dimakan


Dan banyak lagi perkara-perkara yang patut kita syukurkan!

Cara untuk mencapai ketenangan?

Salah satunya saya sudah disebutkan di atas iaitu bersyukur. Lain antaranya, perbanyakkan beristighfar. Kerana kita manusia sangat banyak melakukan dosa. Dosa yang membuatkan hati kita menjadi hitam, keras, dan menjauhkan kita dari Allah. Jadi untuk menghapuskan dosa-dosa kita, istighfarlah sebanyak-banyaknya. Kerana rahmat Allah utk datang bersama rezeki!


Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)

==============================

 Nak tahu rahsia rezeki melimpah?

Klik sini:



 

No comments:

Post a Comment