Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 6 December 2016

Keindahan Putrajaya pada waktu matahari hampir terbenam

Keindahan Putrajaya pada waktu matahari hampir terbenam. Hari Sabtu lepas, saya ke Malaysian Islamic Childrens' Fair. Nampak meriah sangat. Waktu tu dah petang sangat, dah nak masuk maghrib. Masya Allah, cantik sangat pemandangan Putrajaya waktu tu. Dengan langit yang berwarna jingga keemasan kerana matahari hampir terbenam.

Sempat saya membeli beberapa produk di MICF. Kebetulan, booth-booth di sana ada buat jualan promosi. Perempuan kan, tak sah tak membeli kalau ada jualan murah atau promosi :P

Di Putrajaya ada macam-macam tourist attraction. Kalau nak bawa anak bersiar-siar waktu petang, main layang-layang, main basikal atau roller skate di dataran Masjid Putrajaya sangatlah sesuai. Ambil angin di tepi tasik Putrajaya, aktiviti photoshooting untuk para pengantin. Duduk-duduk ambil angin petang sambil berzikir memuji kebesaran Allah, memang memberi ketenangan pada jiwa raga. 

 Orang yang minat photography mesti suka photoshoot kat sini. Kalau nak minum-minum ada "Souq" di level bawah berhampiran Masjid Putrajaya. Pernah merasa laksa Sarawak di sini.

Bangunan-bangunan pentadbiran di Putrajaya menarik dan sangat unik (berapa agaknya kos untuk membina bangunan-bangunan macamtu ye.. huhu)

Apa lagi yang ada di Putrajaya? Ada Taman Botani, Wetland, Taman Cabaran, Taman Warisan Pertanian. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dibina dari besi juga Jambatan Putrajaya, (pemandangan yang cantik pada waktu malam). Suami beritahu, roundabout yang bernama Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya merupakan roundabout terbesar di dunia. Biar betik!

Nah tengok gambar yang saya sempat rakamkan. Maaf gambar memang tak cantik sebab pakai kamera cap ayam je pun (syukur cap ayam, tetap berjasa hahah). 
















No comments:

Post a Comment