Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday, 9 January 2017

Cuti-cuti di D'Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak Melaka



Hujung minggu lepas, abah dan emak 
mengajak kami semua anak-anak diorang ni bercuti di Pengkalan Balak, Melaka. 


Saya tukang cari maklumat tentang chalet-chalet yang terdapat di Pengkalan Balak. 

Cari punya cari, saya decide nak stay di Damar Suria Resort

lagipun saya pernah ada pengalaman bercuti di sini pada tahun 2014.


Saya pernah ceritakan pengalaman tersebut di entry Pengalaman bercuti di Melaka. 

Malangnya, puas call pihak Damar Suria Resort, tapi tak berangkat.



Maka, terpaksalah tukar rancangan.

Hasil meng-google,  jumpa satu lagi chalet tepi pantai, iaitu D'Nelayan Beach Resort. 

Alhamdulillah, banyak lagi bilik kosong. 

Maka tanpa membuang masa, kami semua siap-siap dan menuju ke Pengkalan Balak.

 Tak jauh pun dari Seremban, hanya 60 km.


Sebahagian dari bilik yang ada



Bangunan D'Nelayan Beach Resort







Kami sekeluarga memilih dua buah bilik family

yang boleh memuatkan 5 orang dalam satu bilik.

Ada dua katil single dan 1 katil queen.

Dua-dua bilik mengadap pantai. Memang syok!


Saya tak ambik gambar bilik memandangkan tak sempat.

Tak sempat nak ambik gambar, bilik dah di-'occupied' sepenuhnya.

Segan, haha.

Ok, saya ambil gambar bilik dari website D'nelayan Beach Resort. 


Family room. Boleh muat 5 orang. 4 dewasa 1 kanak-kanak bawah umur 4 tahun


Standard room. 1 queen bed

Superior room. 1 queen bed, 1 single bed

Deluxe room. 1 katil queen, 2 katil single
 

Harga bilik berbeza ikut waktu.

Hujung minggu mahal sedikit berbanding hari bekerja/hari minggu.


Pada pandangan saya, D'Nelayan Beach Resort ni selesa,

sederhana bersih, lokasi yang sesuai sebab dekat dengan pantai cuma parking agak kurang. 

Sangat sesuai untuk percutian keluarga,

memandangkan mereka menyediakan beberapa kemudahan

untuk aktiviti keluarga seperti tempat untuk barbeque dan pondok (bayaran dikenakan untuk

menggunakan kemudahan ini). 


Kolam renang

Kolam renang untuk kanak-kanak pun ada. 

Wifi disediakan, cuma di bilik kami haritu liputan tak berapa kuat.

 Kalau nak guna wifi, kena pergi ke kawasan reception.


Sarapan pagi tidak disediakan tapi ada gerai berhampiran

Sarapan tidak disediakan tetapi ada banyak warung makan tak jauh dari resort ini.

Jalan kaki pun boleh. 

Pendek kata, tak risau pasal tempat makan. 



Kalau nak makan ikan bakar, kena drive sikit dalam 5km ke Kuala Linggi. 

Dalam 500m, di pantai Pengkalan Balak, ada kawasan dengan gerai-gerai makan juga. 

Pekan pun tak jauh dari resort ini. Ada kedai-kedai runcit, dan restoran



Overall kami puas hati, Mungkin next time boleh repeat lagi,

mana tahu nak buat hari keluarga pulak ke. 


Entry seterusnya saya akan ceritakan

 pengalaman menikmati ikan bakar di DeMuara Ikan Bakar yang terkenal itu. 

No comments:

Post a Comment