Kempen Selangor Bebas Plastik. Sila bawa eco bag sendiri bila ke pasaraya di Selangor kerana bermula 1 Januari 2017, Selangor telah menetapkan dasar Selangor tanpa beg plastik. Kalau sebelum ni, setiap Sabtu sahaja, beg plastik tidak dibekalkan. Tetapi masuk tahun baru ini, setiap hari tanpa beg plastik. Baru-baru saya ada membeli barang di pasaraya speedmart. Terkejut bila mereka mengatakan kalau nak plastik, kena bayar 20 sen. Jadi pada hari itu, terpaksalah beli plastik dengan harga 20 sen. Kebetulan banyak pulak barang yang dibeli, mana larat nak angkut barang dengan bare hand saja, lebih-lebih lagi saya duduk tingkat dua rumah flat. Sejak dari hari tersebut, saya memang tak lupa bawa eco bag sendiri bila nak beli barang di speedmart atau mana-mana pasaraya. Ramai lagi tak tahu Selangor sudah laksanakan dasar ini. Dan bukan sahaja beg plastik, malah polisterin juga akan diharamkan di Selangor.
Secara peribadi, saya sangat bersetuju dengan usaha kerajaan negeri Selangor sebagai satu cara untuk mengurangkan pencemaran beg plastik memandangkan plastik merupakan bahan yang sangat susah untuk degradasi, dan memakan masa beratus tahun untuk terurai.
Selain susah nak terurai, pemandangan sekitar jadi buruk dan sakit mata bila plastik penuh sampah bersepah di mana saja. Betul tak?
Dan mengikut apa yang saya faham, pengharaman penggunaan beg plastik dikecualikan untuk barang-barang basah seperti daging mentah, ayam mentah, ikan mentah. sayuran yang diselaputi tanah seperti kentang, akar, halia dan lain-lain.
Kepada anda yang nak membeli belah di pasaraya, jangan lupa bawa eco bag sendiri ya. Kalau rasa álah 20 sen apalah sangat", kena fikirkan jangka panjang pada alam sekitar di atas muka bumi yang kita diami ini.
Khabarnya ada beberapa negeri juga dalam proses melaksanakan dasar ini. Kalau begitu, kita sebagai rakyat Malaysia jangan ragu-ragu lagi untuk menyokong penuh kempen ini. Katakan tidak pada beg plastik dan polisterin. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, bolehlah baca-baca info di www.bebasplastik.my
No comments:
Post a Comment