Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday, 18 February 2017

6 tips menanam minat anak kecil bertudung (menutup aurat)

Saya nak kongsikan tips dalam menanam minat anak kecil bertudung. Tips ini sesuai untuk anak kecil yang berumur 2 hingga 4 tahun. Bila dah umur 5 tahun ke atas, mungkin pendekatan lain yang lebih efektif boleh dipraktikkan. Pada usia 2 hingga 4 tahun, mereka dalam peringkat penerokaan, pemerhatian dan peniruan. Peniruan maksudnya, apa yang ibu bapa lakukan, mereka akan ikut. Mereka mudah mengikut dan suka meniru. Ibu bapa yang ada anak kecil seusia ini pasti faham apa yang saya maksudkan. Betul tak ?






 6 tips menanam minat anak kecil bertudung (menutup aurat)

1. Puji

 Puji bila anak mula menunjukkan minat memakai tudung. Bagi kata-kata semangat dan pujian contohnya. Manisnya anak mama pakai tudung."

2. Tanamkan didikan tauhid sejak kecil

Selalu sebut, "Allah sayang orang yang tutup aurat". Walau anak kita belum faham apa yang kita cakap, yang penting kita tanamkan ilmu aqidah dan tauhid dalam minda separa sedar mereka.

3. Tunjukkan contoh yang baik

Kita sendiri sebagai ibu, perlu tunjukkan contoh yang baik. Tudung yang kita pakai biarlah mengikut garis panduan yang disyariatkan Islam. Jangan pula kita pakai seluar ketat dan baju lengan pendek. Tudung kita biar labuh dan menutup dada.

4. Hadiahkan tudung yang cantik dan comel

Hadiahkan tudung comel-comel dan cantik sebagai motivasi untuk anak berminat memakai tudung. Fitrah kanak-kanak suka pada sesuatu yang comel dan cantik, seperti hiasan ribbon, hiasan bunga, tudung yang berwarna cerah dan berwarna warni. Anak saya sendiri nampak teruja bila saya belikan tudung dan telekung yang cantik. Saya belikan anak saya tudung dari butik online TUDUNGSICOMEL. Ada bermacam-macam design yang cantik. Rambang mata saya semasa nak pilihkan tudung yang sesuai untuk anak. 

5. Pelawa dan ajak cara baik

Pelawa anak kita pakai tudung,  dengan pelawaan yang baik dan lemah lembut.


7. Jangan sesekali memaksa, buat ikut kemampuan mereka

Bila anak bertudung, dan tiba-tiba mereka rasa malas nak teruskan pakai tudung disebabkan rimas dan panas jangan paksa pula ya. Anak kecil belum diwajibkan oleh agama untuk menutup aurat. Kesian kot. Dahlah diorang rasa panas, kita pergi paksa bermatian-matian. Saya pernah dengar dari adik saya, situasi anak kecil umur dua tahun yang merengek teruk kerana rimas dan panas, dia campakkan tudung tu ke lantai, dengan muka dia yang berpeluh-peluh, tapi emak dia pergi kutip tudung tu dan sarungkan balik. Ya Allah kesian. Budak kecil tak tahu apa-apa dan mereka belum tahu hukum dosa dan pahala pun. Mereka belum mukallaf pun. Jangan kita paksa sampai mereka benci pula nak bertudung. Jangan begitu, jangan extreme dalam mendidik anak-anak kecil.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan pembaca dalam menanam minat anak kecil bertudung.



2 comments:

  1. As-Salam Sis, terima kasih. Tips yang menarik untuk diamalkn, saya nak minta izin untuk share ke blog saya boleh Sis. Kredit to Sis Sabrina.;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong kreditkan ke blog saya http://www.n-sabrinaa.com

      penat saya karang hehe...

      Delete