Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 31 March 2017

3 kelebihan self check in sebelum berlepas naik flight

Semasa saya dan keluarga berlepas ke Langkawi beberapa minggu yang lalu, saya dan adik buat self check in di airport KLIA2. Walaupun pada waktu itu banyak lagi masa, boleh je nak check in kemudian, lepak-lepak dulu ke, tapi akhirnya rasa syukur sebab dah self check in awal-awal. Tau tak sebab saat-saat akhir tu kami ada masalah sikit yang boleh menyebabkan kami terlepas flight! Apapun self check in tu yang membantu kami di saat-saat genting. 



Kiosk self check in. sumber: english.astroawani.com



Jadi kepada anda yang bakal berlepas ke mana-mana, apa salahnya kalau buat self check in siap-siap.

1. Kepala tak pening dan serabut sebab dah self check in awal-awal. Tahu tak kalau kita terlepas check in walau satu minit di kaunter (sebab kaunter dah tutup), waktu tu memang tak boleh nak buat apa-apa. Lagilah waktu nak check in tu kena beratur punyalah panjang. Sampai je giliran kita nak check in, kaunter dah tutup, Haru dibuatnya.  Nangis tak berlagu. 

2. Staff Airasia boleh consider kita bila dah check in. Semasa saya pergi Langkawi haritu, suami saya tak join flight sama dengan saya sebab dah tukar waktu lain. Tapi saya dah check in kan dia sekali. Masa naik kapal terbang tu, staff Air Asia datang tanya pasal suami saya. Maknanya diorang dah rekodkan yang suami saya ada. Jadi takdelah senang -senang je dia nak tinggalkan kita kan?   Diorang taklah kejam sangat. Biasanya yang kena tinggal tu orang yang tak check in.  Sama ada kena tinggal flight atau kena beli tiket baru je.

3. Self check in menjimatkan masa. Tak payah beratur panjang-panjang. Tak payah tunggu lama staff buatkan boarding pass untuk kita. Kalau kena beratur sekalipun tak lama macam counter check in.  Kalau ada bagasi nak bawa sekali, hanya tunjuk boarding pass yang dah print dan letak saja bagasi di bahagian drop baggage. Nanti staff di kaunter akan lekatkan sticker pada bagasi kita. Semudah 1, 2 dan 3 saja kan.. hehe

Oh ya self check in ni boleh buat untuk penumpang yang tidak membawa baby dan ada keperluan khas Kalau bawa baby atau keperluan khas,  kena check in di kaunter.

Insya Allah nanti saya cerita tentang cara-cara buat self check in. Ok bye :)

No comments:

Post a Comment