Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday, 29 March 2017

Kota Larangan di China lambang kemegahan dinasti zaman lampau

Kota Larangan di China lambang kemegahan dinasti zaman lampau. Semasa di Beijing, kami sempat singgah ke Kota Larangan atau nama popularnya Forbidden City. Dinamakan Kota Larangan kerana satu masa dahulu rakyat jelata tidak dibenarkan memasukinya. Hanya Maharaja,  golongan bangsawan, ahli keluarga Maharaja dan pekerja istana sahaja yang dibenarkan masuk. Kini, ia dibuka kepada orang awam untuk melihat-lihat dengan lebih dekat sejarah Kota Larangan. Kota Larangan tersebut sangat luas dan kami hanya pergi sebahagian kecil kawasan sahaja. Ia merupakan istana Maharaja pada zaman Dinasti Ming sehinggalah Dinasti Qing. Ia telahpun diisytiharkan oleh UNESCO sebagai salah satu warisan budaya dunia. Bayangkan luasnya 1000 meter dari selatan ke utara dan lebarnya dari timur ke barat, 800 meter. Luasnya kira-kira 720,000 meter persegi. China memang terkenal dengan kehebatan dan kekuatan. Tengok saja istananya sudah melambangkan betapa hebatnya kerajaan dan pemerintahan mereka satu masa dahulu.
Oh ya China tidak pernah dijajah ya, tetapi mereka yang menjajah dan menyerang satu-satu negara. Kota larangan bukan sahaja besar, tetapi seni rekaannya unik, indah dan halus.  Umum tahu yang Maharaja China mempunyai bilangan isteri yang ramai, termasuk gundik-gundik. Khabarnya ada Maharaja yang mempunyai seramai 3000 orang gundik Dan setiap isteri dan gundik mempunyai bilik mereka masing-masing. Kalau tengok drama klasik China, ada kisah  gundik yang menunggu giliran masing-masing untuk bermalam bersama maharaja tetapi ia bergantung sama ada maharaja nak jumpa mereka atau tak. Makna kata, ikut suka Maharaja nak bermalam dengan mana-mana gundik yang Maharaja suka.







No comments:

Post a Comment