Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 3 March 2017

Makan-makan di Seremban: Restoran Belqis Seremban 2 (Arab Cuisine)

Bagi sesiapa yang sedang
mencari restoran nasi arab 
atau makanan arab di sekitar Seremban,

Saya nak cadangkan satu restoran yang sedap 
dan harga berpatutan iaitu Restoran Belqis. 


Nak dijadikan cerita, 

sebenarnya tak tahu pun kewujudan restoran Belqis ni. 

Mak abah ajak pergi makan-makan di restoran di sekitar Seremban. 

Google punya google, decide nak pergi restoran Haslinda Sim Abdullah.

 Setiap kali lalu Seremban 2, mesti nampak restoran chinese cuisine. 

Kami tak bernasib baik pada hari itu kerana Restoran Haslinda Sim ditutup kerana direserved oleh pihak lain untuk event mereka. 

Dengan hati yang hampa, kami cari restoran lain yang ada di sekitar Seremban 2. 


Pusing punya pusing, ternampaklah Restoran Belqis ni. Oklah, why not kita cuba. 





Restoran ni ambience dia quite ok. Bersih dan dihiasan dengan perhiasan dari timur tengah. 

Cari tempat duduk, menu pun sampai. 

Sebahagian menu yang sempat di snap



Jadi berikut merupakan menu yang kami pilih


Roti. RM16

Fahsah Lamb RM14

Hanith Chicken RM13

Kabsa Chicken

Teh susu buah pelaga


Alhamdulillah makanan semua-semua yang diorder tu kenyang je 
walaupun kongsi 6 orang. 

Hanith Chicken dan Kabsa Chicken  tu order dua pinggan saja.

Kenyang je makan walaupun kongsi. 

Mungkin faktor kehadiran roti dua keping yang berharga RM16 tu cukup besar 
dan mengenyangkan 
jadi dua pinggan nasi arab pun dah mencukupi untuk kami 6 orang. 

Lepastu fahsah lamb tu memang sedaplah. 

Walaupun saya ni tak suka makan lamb, tapi rasa yang ni, ok je boleh telan,
hahaha. 

Air dia pulak kami order air kosong dan air limau.

Yang rare, air teh susu perasa buah pelaga. Mula-mula rasa macam pelik je. 

Tapi ok je bolehlah telan.

Lupa nak cerita, 
adik ada order falafel. 

Sedap jugak. 
First time rasa. 

Rupanya falafel ni kacang chickpea 
atau kuda yang dikisar halus bersama rempah-rempah yang dibalut dengan roti, seperti wrap. 

Maaflah takde gambar. 
Dah selamat telan baru teringat nak ambik gambar. Keh keh keh.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok facebook page mereka di sini Restoran Belqis.

Alamat 

Centrio Seremban 2
70300 Seremban
Highlights info row image
012-291 3170


No comments:

Post a Comment