Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 13 July 2017

Jalan-jalan ke Kuala Gula Bird Sanctuary Resort

Jalan-jalan ke Kuala Gula Bird Sanctuary Resort.  

Saya, suami dan anak menghabiskan cuti kami selain beraya, 
kami jalan-jalan ke Kuala Gula-Kuala Kurau dan Bagai Serai. 

Sempat singgah sebentar di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort. 

Jalan-jalan ambil angin petang. 
Perjalanan dari Taiping ke Kuala Gula mengambil masa lebih kurang 30 minit. 


Rasa agak lama jugak siap sampai tertidur-tidur dalam kereta. 

Sepanjang perjalanan hanya kelihatan kebun kelapa sawit. 

Kawasan perumahan agak jarang kelihatan. 


Bila dah dekat-dekat sampai Kuala Gula tu 
dah mula nampak kawasan berpaya berserta pokok-pokok bakau. 

Saja nak tengok apa yang di sana. 
Ini kali kedua saya ke Kuala Gula Bird Sanctuary Resort.


paya bakau
Masa kami sampai, suasana senyap dan sunyi.


Hairan saya, ke mana perginya semua orang?


Bukankah ini tempat tarikan pelancong?
Suami cakap, mungkin tengah cuti raya lagi,
jadi tak ramai pengunjung yang datang ke sini.


Ooo patutlah.


Di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort ini
ada beberapa buah chalet sebagai tempat penginapan
bagi pengunjung yang nak bermalam.
Di sini juga tempat pilihan untuk orang datang memancing. 


Di sini ada juga kafeteria.
Kunjungan kali pertama, kafeteria ini beroperasi,
tetapi ketika kami datang kafeteria tutup pula.

Barangkali semua pekerja masih bercuti.


ada ikan belacak










Bilik penginapan di Kuala Gula Bird Santuary Resort




Sedikit maklumat tentang  Kuala Gula Bird Santuary Resort

Pusat persinggahan, perlindungan, tempat bersarang 
dan mencari makanan burung-burung yang bermigrasi

Kuala Gula Bird Sanctuary Resort terkenal sebagai pusat persinggahan, 
perlindungan, tempat bersarang dan mencari makanan burung-burung 
yang bermigrasi yang datang dari seluruh dunia. 

Ia merupakan sebahagian dari Hutan Simpan Paya Bakau-Larut Matang  
di daerah Kerian Perak.  


Kiranya Kuala Gula ni kawasan paling utara Hutan Simpan Paya Bakau-Larut Matang. 
Burung-burung yang ada sini 
ada yang merupakan spesies yang terancam (menuju kepupusan) dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara 76/72. 

Kalau ada orang menangkap, membunuh mana-mana burung yang ada sini memang akan didakwa tau. 

Dan satu lagi  fakta menarik, 
terdapat satu pulau bernama Pulau Kalumpang 
tidak jauh dari Kuala Gula dan Bagan Serai,
yang pernah satu ketika dulu hangat diperkatakan di media massa
kerana penemuan rangka pra-sejarah. 

Penemuan rangka-prasejarah ini telah membuktikan 
adanya kehidupan manusia di kawasan hutan bakau.


Kami tak berkesempatan menginap di sini memandangkan trip ini trip mengejut. 
Saja jalan-jalan melihat-lihat kawasan. 

Mungkin lain kali ada kesempatan boleh menginap di sini. 
Sedikit gambar dalam bilik penginapan yang saya dapat di laman web Agoda,


Cara tempahan

Sekiranya anda mencari penginapan di sekitar Kuala Guna Bird Sanctuary Resort, 
anda boleh dapatkan maklumat di facebook page mereka di sini 


  


No comments:

Post a Comment