Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 16 July 2017

Melewati Jambatan Kuala Gula-Kuala Kurau dan pekan kecil Kuala Kurau

Post sebelum ni saya cerita tentang aktiviti kami jalan-jalan di Kuala Gula Bird Sanctuary kan. 

Ok, nak sambung sikit lagi. 

Balik je dari Kuala Gula Bird Sanctuary tu, suami decide ke Kuala Kurau terus memandangkan minyak dah tinggal 2 bar. 

Kalau kami patah balik ke Taiping naya je kereta tak boleh gerak. 

Dahlah kiri kanan kebun kelapa sawit je. 

Kuala Kurau juga pertama kali saya jejaki selama berpuluh tahun bernafas di bumi Allah ni. 

Masya Allah kagum bila lalu jambatan yang menghubungkan Kuala Gula dengan Kuala Kurau, merentasi muara Sungai Kurau.  

Suami cerita jambatan ni baru je lagi dibuat. 

Sebelum-sebelum ni penduduk di sini guna ferry atau lalu jalan darat yang lebih jauh (lalu Simpang Empat)  kalau nak ke daerah seberang. 

Cantik pemandangan dari atas jambatan. 

Kelihatan perkampungan nelayan juga di sini. 

Nampak serene je pemandangan di sini. 

Kalau dapat bermalam di mana-mana homestay di sini best jugak kan (ada ke homestay di kawasan ni?) 

Khabarnya pemandangan matahari terbenam di sini sangat cantik.  

Pemandangan dari atas Jambatan Kuala Gula-Kuala Kurau








Pekan Kuala Kurau

Bila masuk ke kawasan Kuala Kurau, 
dah mula nampak kampung-kampung tradisional melayu. 

Lepastu masuk ke pekan Kuala Kurau pulak. 
Kecil je rupanya pekan ni.  

Nampak macam pekan lama dengan kepadatan penduduk sekitar ribu-ribu orang saja kot 
(agak je ni.. maklumlah saya tak kerja dengan Jabatan Perangkaan Malaysia). 

Banyak bangunan lama di pekan ini.  Stesyen minyak kat sini pun comel-comel belaka. 
Jalan beberapa kilometer ke depan lagi baru jumpa stesyen Petronas.

Jauh beza pekan Kuala Kurau dengan tempat tinggal dan hometown saya,  
Bangi dan Senawang. 

Kalau di Bangi dan Senawang, tak pernah sunyi dari kesibukan dan hiruk pikuk kenderaan. 

Di pekan Kuala Kurau kelihatan sunyi, sepi , damai je. 







Kenderaan yang ada kat sini pun kenderaan jenis lama.
Cuba tengok dalam gambar di atas anda pasti faham maksud saya.

Apa yang saya dapat simpulkan pekan ini tidak terikut sekali dalam
kesibukan dunia mengejar arus kemodenan.

Cubalah singgah sekali bagi sesiapa yang tidak pernah sampai tu,
anda mungkin setuju dengan pendapat saya ini.

No comments:

Post a Comment