Pengalaman menginap di Lexis Hotel Port Dickson.
Saya sebenarnya baru saja balik dari Hotel Lexis Port Dickson.
Semangat kau nak update entry terbaru.
Alang-alang semangat masih membara ni eloklah saya cerita cepat.
Takut nanti kenangan luput di ingatan ahaha.
Alkisahnya bilik yang kami menginap ini bukan di bawah pengurusan hotel Lexis
tetapi diuruskan oleh pihak persendirian.
tetapi diuruskan oleh pihak persendirian.
Makna kata, di Lexis ini ada beberapa unit milik individu yang dibeli
kemudian diuruskan oleh mereka sendiri,
kemudian diuruskan oleh mereka sendiri,
bukan di bawah pengurusan hotel.
Jadi bila milik persendirian ada beberapa fascilities hotel
yang tidak dapat kami nikmati selama bercuti di sini.
Antaranya breakfast percuma tidak disediakan, tapi itu tiada masalah sebab di sekitar Lukut ada banyak restoran dan gerai-gerai di sekitar sini.
Perlu keluar sedikit dari kawasan hotel.
Tetapi kalau anda nak breakfast di hotel boleh saja tapi dengan bayaran tambahan per kepala.
Kenapa saya memilih hotel Lexis
dan memilih untuk menginap di bahagian Tower (Premium Tower Sea View).
Antara sebabnya adalah kerana teringin nak tengok pemandangan indah
yang digembar gemburkan dalam media sosial.
Kalau menginap di water chalet memang tak nampaklah pemandangan tu,
akan mengadap chalet orang lain.
Entahlah saya memang tak minat sebab rasa macam terkepung.
Tapi kalau orang lain mungkin tak kisah.
Berbeza dengan Grand Lexis
Hotel Lexis berbeza tau dengan Grand Lexis.
Jangan keliru pulak ye.
Ada 3 hotel Lexis di sekitar Port Dickson
tetapi ketiga-tiga hotel ni berada di bawah pengurusan yang sama iaitu Syarikat Lexis Group.
Ada Lexis Resort, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus.
Lexis dan Grand Lexis berada bersebelahan.
Tetapi Lexis Hibiscus jauh di Tanjung Tuan (bersempadan Melaka).
Beza Lexis dan Grand Lexis pula, Grand Lexis ada kolam persendirian di setiap bilik,
tetapi Lexis tiada.
Disebabkan itu harga Grand Lexis lebih mahal dari Lexis.
Biliknya
pula, alhamdulillah bagi saya sangat selesa dan bersih.
Cuma layout dia aneh sedikit sebab buka-buka pintu entrance je terus nampak toilet.
Kena lalu toilet dulu baru boleh masuk bilik.
Toilet pun bersih.
Apa yang disediakan dalam bilik?
Cuma layout dia aneh sedikit sebab buka-buka pintu entrance je terus nampak toilet.
Kena lalu toilet dulu baru boleh masuk bilik.
Toilet pun bersih.
Apa yang disediakan dalam bilik?
peti ais
sinki
katil dua buah. 1 katil king, 1 katil queen (anggaran bilik boleh memuatkan 4-5 orang)
extra tilam (perlu request)
televisyen flat screen
astro
kerusi dan meja di balkoni untuk lepak-lepak layan pemandangan indah
jacuzzi
bilik shower
toilet (separate dengan shower dan jacuzzi)
sinki bilik air
shampoo dan sabun liquid
almari dan penggantung baju
Yang ni saya rasa boleh deal dengan owner.
Macam saya memang guna data.
Jadi internet takde masalah kat sini sebab line celcom pun laju.
Gambar-gambar di bawah saya ambil sebelum check out.
Jadi minta maaf sebab gambar keadaan bilik tak berapa kemas
Pertama kali masuk, mata terus
mencari-cari pemandangan yang dapat dilihat dari bilik. Masya Allah
memang cun habis. Full sea view lagi. Di bawah boleh nampak water chalet Hotel Lexis dan Grand Lexis yang berada di sebelah.
Pagi esoknya tu saya dan emak berjalan-jalan di sekitar water chalet.
Cantik pemandangan di sekitar water chalet.
Ada chalet yang mengadap chalet lain.
Ada chalet dua tingkat dan ada chalet yang mengadap pemandangan laut lepas.
Saya rasa harga setiap chalet berbeza-beza.
Rasanya yang mengadap laut lepas harga lebih mahal berbanding chalet yang mengadap chalet lain
Overall puas hati sebab bilik selesa dan paling best sekali
bila dapat tengok pemandangan cantik direct dari bilik.
Mungkin sebab saya ni memang jiwa yang sukakan alam semulajadi.
Kalau dapat tengok pemandangan alam semulajadi yang cantik memang heaven sangat.
Harga bilik pun affordable. Ada restoran sea food berhampiran Hotel Lexis ni.
Booking online di Klook di link ini Klook- Lexis Port Dickson
No comments:
Post a Comment