Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 4 July 2017

Pengalaman menggunakan penapis air Cuckoo, alhamdulillah terbaik!

Alhamdulillah sudah 4 bulan lebih kami sekeluarga menggunakan penapis air Cuckoo model Fusion Top. Dah lama saya mengidamkan penapis air Cuckoo di rumah. Saya masih ingat betapa teruknya keadaan kami dulu apabila menggunakan cara tradisional untuk masak air. Cara tradisional maksudnya bukanlah saya masak air guna kayu api tau... jangan salah faham. Tetapi tradisional yang saya maksudkan, kami pernah menggunakan cerek eletrik dan masak air guna periuk atas dapur.   Dengan penapis Cuckoo, masalah-masalah yang memeningkan kepala selesai!


TITIK MULA MENGGUNAKAN PENAPIS AIR CUCKOO


Macam-macam pernah jadi sepanjang menggunakan benda-benda ni bila nak masak air. Kalau guna kettle eletrik, bahagian rod pemanas dia tu berkarat. Lepastu ada kotor-kotor di bahagian dalamnya agak susah nak cuci. Lepastu kettle eletrik tu rosak, kami beli kettle lain pulak. Yang ni guna sekejap je sebab bila masak air, akan ada bau  seperti bau plastik cair. Takut pulak nak minum sebab pernah dengar bahaya tentang bahan berbahaya (BPA) dalam plastik yang masuk dalam badan. Kotlah tidak BPA free kan.

 Lepastu kami guna periuk masak gulai pulak. Yang ni agak sadis kisahnya  kerana periuk hampir hangus sebab saya lupa nak padam api. Air kering, periuk hampir hangus. Air tak dapat minum, periuk dah tak boleh guna, hahah. Kesian kan. Pasal penapis air satu hal pulak. Tiga kali guna penapis air berlainan brand dan ketiga-tiga ni masalah yang sama kami hadapi kerana penapis cepat sangat ditumbuhi lumut. Dahlah setiap kali nak minum air, kena tadah air tapis dulu, lepastu masak. Kena buat dua kali kerja! Bukan saya tak tadah air tau. Bekas air yang saya buat untuk tadah  air tapis tu mudah sangat ditumbuhi lumut. Bukan tu je, dah tadah banyak-banyak semut pulak masuk. Yucks geli nak minum air bersemut, air  berlumut, saya pun buanglah air tu. Lepastu dah fed-up sangat saya cakaplah dengan suami. Jomlah beli penapis air yang ada sejuk panas tu. Suami saya cakap tunggu pindah rumah dululah, baru pasang. 




Alhamdulillah dah masuk rumah baru sejak Februari 2017. Bila rumah dah sesuai untuk diduduki, suami cepat-cepat order Cuckoo. Suami pilih Cuckoo sebab harga installment bulanan dia berpatutan.


DENGAN PENAPIS AIR CUCKOO URUSAN MENJADI LEBIH MUDAH

Lega sangat bila saya dah tak perlu masak air setiap kali nak buat air panas. Lega jugak bila saya dapat minum air sejuk bila-bila saya nak. Tekan je wehh. 24 jam air sejuk panas sentiasa ada. Kettle eletrik tu memang campak jauh-jauh je.. hahaha. Bila tetamu datang, tak kalut nak masak air bagai. Bukan setakat ianya penapis air tetapi ada pilihan  air sejuk dan panas. Air suhu bilik pun boleh. Tutup saja suis untuk matikan fungsi sejuk panas tu, dah boleh dapat suhu bilik. 
 Berbeza keadaan saya dulu dan sekarang. Dulu asik stress je pasal masalah air ni. Masalah air kotor lah, penapis berlumutlah, kettle eletrik asik rosaklah., bekas air selalu dimasuki semutlah.

Dan perkara yang paling best sekali bila kami tak perlu risau tentang servis. Penapis air yang kami guna dulu, setiap kali nak servis kami kena bayar sejumpah wang yang agak banyak. Sudahnya memang tak servis bertahun-tahun sebab tak sanggup tanggung beban bayarn yang mahal untuk servis. 

KHIDMAT SERVIS/ CUCI

  • Yang bestnya boleh bayar  ansuran setiap bulan dan dapat servis percuma dan penukaran filter setiap 4 bulan dalam tempoh bayaran ansuran. Penting tau servis, kalau tak jadi macam penapis yang saya guna sebelum ni yang ditumbuhi lumut. Filter pun memang wajib tukar untuk pastikan kita kekal dapat air bersih.

  • Kalau pembelian secara cash, pembeli akan mendapat percuma servis selama dua tahun.


KELEBIHAN PENAPIS AIR CUCKOO

  •  Penapis air cuckoo semua model menggunakan tangki stainless steel (keluli tahan karat)
  • P.H 7.5. Air beralkali ringan, insya Allah bagus untuk kesihatan. Bermineral kerana penapisnya tidak membuang mineral yang ada dalam air,. Mineral penting kerana ia merupakan sebahagian dari keperluan tubuh badan untuk kekal sihat. Ada penapis yang membuang terus mineral dari air mereka. Cuckoo tidak seperti itu.
  • Air cepat refill ke dalam tangki sekiranya dikeluarkan. insya Allah masalah putus bekalan air tidak berlaku.   kalau tiada eletrik sekalipun, air bertapis tetap boleh diminum (cuma tiada sejuk panas sahaja)
  • Ada faucet yang mudah dicuci . Tanggalkan saja, cuci dan kemudian pasang semula semudah ABC 
  • Child lock safety feature. Tak risau bila anak nak ambik air sendiri kerana penapis air Cuckoo selamat dari anak kecil

REVIEW ADIK BERADIK DAN AHLI KELUARGA

Nak tahu tak ape adik beradik dan ahli keluarga saya kata bila pertama kali teguk air dari water purifier Cuckoo ni?


"Air dia halus. kalau tak percaya cuba rasa air biasa dengan air Cuckoo ni. memang lain" - review dari suami saya 

"Sedaplah air dia. rasa lain. (adik saya ni memang takde penapis air kat rumah. setiap hari minum air dari mesin R.O bawah apartment.

Dan adik saya ni juga baru-baru ni masuk hospital sebab ada masalah kesihatan. Antaranya darah berasid. Masa bulan puasa haritu muntah-muntah teruk disebabkan masalah ni.  Abah saya apa lagi, dia discharge je hospital terus order Cuckoo sebab dia tahu water purifier Cuckoo ni airnya beralkali ringan, ph 7.5,  baik untuk kesihatan badan manusia Insya Allah. Masa sampai dari airport (adik saya dimasukkan ke HUSM Kelantan) terus call saya minta tolong pasangkan Cuckoo secepat yang mungkin. Abah saya siap beli cash. Salah satu kelebihan beli water purifier Cuckoo secara cash ni, pembeli akan dapat sebiji multicooker percuma bernilai RM669 (fungsi sama macam pressure cooker) atau kalau tak nak multicooker, boleh ambil cooware set jenama Kyndell yang berharga RM1000

Inilah multicooker tu.  Fungsi sama macam pressure cooker. Boleh masak macam-macam.

Nasi arab
Bubur nasi
bubur pulut hitam
Ikan masak stim

Dan macam-macam lagi. Kalau nak multicooker atau stainless set cookware set ni percuma, jomlah dapatkan satu water purifier secara outright (cash).

Bukan dapat multicooker atau cookware set saja

Dapat free warranty dan servis percuma selama dua tahun







Stainless Steel Cookware Set berharga RM1000. Wah stainless steel tu. Semua orang pun tahu stainless steel ni kualiti superb, tahan lasak, susah berkarat Tu sebab harga dia pun mahal woo.


MODEL-MODEL PENAPIS AIR CUCKOO













Sekiranya anda berminat nak dapatkan penapis air Cuckoo, boleh hubungi saya, agen sah Cuckoo.



Saya akan bantu anda pilih model yang paling sesuai mengikut bajet anda. Nak bayar secara ansuran boleh, nak bayar cash pun boleh. Just hubungi saya saja ok, nanti saya cerita lebih lanjut.





Whatsapp sahaja 6011-11486375, 











2 comments:

  1. awk pakai ni.. letrik pakai byk tak?
    bila malam awk tutup x suis dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eletrik mcm biasa je. malam saya tak tutup sebab air sejuk kena ambik masa 4 jam utk sejuk kalau tutup.

      Delete