Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 1 August 2017

Beriadah di Tasik Ujana Nilai Impian nan permai

Beriadah di Tasik Ujana Nilai Impian nan permai. Bagi penduduk Bangi dan Nilai, ada satu tasik yang sangat sesuai untuk beriadah dan berkelah iaitu Tasik Ujana Nilai Impian. Selama 5 tahun duduk di Bukit Mahkota, kewujudan tasik ini tidak saya peduli sangat sehingga apabila diberitahu seorang rakan, Tasik Ujana merupakan tempat beliau melakukan work-out dan berjogging. 

Selama ni duk ingat Tasik Cempaka satu-satunya tasik yang paling best yang ada di Bangi dan kawasan berhampiran. 

Ia terletak di Nilai Impian, bersempadan dengan Bukit Mahkota Bangi.









Tasik Ujana diuruskan oleh Sime Darby Property. Lanskapnya indah berlatarbelakangkan bukit bukau. Tasik ini kelihatan kemas dan dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Waktu petang  kelihatan ramai ibu bapa yang membawa anak masing-masing di kawasan playground. Tak kurang juga yang berkelah di tasik dan bermain bubble dengan anak-anak.  Ramai anak muda di sini yang bermain bola sepak dan berjogging. Saya kagum dengan semangat anak-anak muda menjaga kesihatan dan fitness mereka. Khabarnya orang-orang muda yang ramai di sini adalah pelajar Tamhidi USIM. Kolej mereka berdekatan dengan Tasik.  Bagus dik, akak bangga dengan kamu semua! Jangan macam akak ni, umur dah lanjut tapi malas nak bersenam.

Ramai juga yang mengambil kesempatan peluang memancing di sini. Agaknya banyak tak ikan diorang dapat ye? Dan khabarnya pertandingan memancing pernah diadakan di sini.










Kepada anda yang tercari-cari tempat untuk menenangkan fikiran, melepaskan segala stress, datanglah ke Tasik Ujana. Pergi waktu dalam pukul 6 ke atas, anda akan lihat pemandangan indah matahari terbenam di sini.

No comments:

Post a Comment