Kehebatan berdoa dengan spesifik. Saya nak cerita sedikit pengalaman saya tentang berdoa dengan spesifik. Alhamdulillah pertolongan Allah datang segera yang membuatkan saya sedar bahawa doa adalah powerful. Doa dengan spesifik, sungguh-sungguh dan yakin akan menyegerakan pertolongan Allah. Begini kisahnya. Ada satu hari tu bil eletrik sampai ke rumah. Bil eletrik itu saya letak atas meja tulis agar diambil perhatian oleh suami saya untuk dia uruskan pembayaran bil. Selepas beberapa hari, bil itu saya simpan di rak buku. Rak buku ni boleh dikatakan agak besar dan banyak fail-fail dan buku.
Tiba-tiba satu hari suami saya tanya, "mana ya bil api yang ada kat atas meja haritu?" Bagi kejap, ada urusan nak selesaikan ni. Saya jawablah, saya dah simpan, kejap ye nak pergi cari."
"Cari punya cari, tak jumpa. Alamak macam mana ni? Aduhh.. kenapa lupa pulak ni? Manalah aku letakkan bil eletrik tu?
Tapi malangnya saya betul-betul terlupa di mana saya letakkan bil eletrik itu. Rak buku ni banyak barang. Dua hari juga saya cari tapi tak jumpa juga bil elektrik. Suami dah berkali-kali tanya ni.
Terdetik di hati "ni kena doa ni". Saya pun apa lagi, terus angkat tangan dan berdoa dengan sungguh-sungguh supaya ditemukan semula bil eletrik yang misplace tu. Pernah tengok tak Baim berdoa dalam sinetron Buku Harian Baim? Ala drama Indonesia yang ada budak nama Baim yang cute-cute, putih- putih tu. Bila ada masalah Baim akan doa dengan jelas dan sebut satu persatu apa yang dia nak kan? Haa macamtulah saya doa.
Saya doa dengan spesifik dan jelas apa yang saya nak. Lebih kurang begini doanya " Ya Allah temukanlah semula bil eletrik yang hilang itu, kami sangat memerlukannya, ada urusan penting dengan bil eletrik itu. Tolonglah ya Allah, jumpakan balik bil tu".
Saya doa dengan spesifik dan jelas apa yang saya nak. Lebih kurang begini doanya " Ya Allah temukanlah semula bil eletrik yang hilang itu, kami sangat memerlukannya, ada urusan penting dengan bil eletrik itu. Tolonglah ya Allah, jumpakan balik bil tu".
Selesai je doa, saya tergerak hati nak cari di rak yang ketiga. Saya godek celah-celah kertas. Memang saya cek satu persatu-satu. Tup-tup, jumpa! Alhamdulillah. Patutlah susah nak jumpa sebab ia tersorok dalam lipatan beberapa helai kertas. Mesti korang yang tengah baca post saya ni cakap, lain kali simpan elok-elok dalam file! Haa kan dah kalut bila nak cari tak jumpa.
Kan kan kan?
Haa yelah yelah lepas ni saya tak careless dah. Memang haritu simpan secara emergency sebab anak nak conteng! Kalut punya pasal main simpan je kononnya nanti nak kemas elok-elok la kan.
Tapikan memang insaflah. Sekejap je masalah kita selesai bila kita serahkan urusan kita pada Dia. Dan satu kesilapan kita ni, selalunya minta tolong Allah bila dah terdesak sangat. Kita pergi cerita kat makhluk, cerita kat facebook, cerita kat twitter padahal benda-benda bertaraf makhluk ni kalau nak tolong pun setakat mana je boleh tolong. Lepastu kau pergi garu kepala yang tak gatal berjam-jam. Mana nak selesai masalah kau? (marah kat diri sendiri ni hahahaha)
Sepatutnya awal-awal lagi, bila-bila kita nak mulakan apa-apa kerja kita doa dulu, bukannya dan terdesak dan tersepit baru teringat nak doa.
Ok wahai diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Rajin-rajinlah berdoa ya. Doa tu biar tepat dan spesifik nak apa dia. Jangan doa hangat-hangat tahi ayam. Rugi tau rugi. Sebab doa kan senjata orang mukmin. Dah ada senjata Allah bagi tu guna, jangan tak guna. Jangan sia-siakan ok?
Haa cari bil letrik punya pasal...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah jupa.. huhuhu
#sekarangfokusdoanakbersalinmudah..
#doakanye..
#amin
insya Allah. semoga dipermudahkan urusan nabilah bersaalin. nanti nabilah teruskanlah menulis kat blog.. akak suak je baca
Delete