Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday, 16 August 2017

Tertarik hati dengan dekorasi dan ambience di Mama One Stop Bakery & Cafe

Baru-baru ni emak saya ada tunjuk gambar-gambar terkini di Mama One Stop Bakery & Cafe, Kg Sentosa Paroi Negeri Sembilan. Teruja bila tengok cafe tu dah banyak berubah. Dulu dah best dah, sekarang lagi best sebab diorang dah sediakan banyak ruang lepak dan tempat duduk. Ada tempat duduk jenis sofa, ada ruang untuk mesyuarat, ada ruang untuk buat jamuan kecil-kecilan. Dan ada juga kolam renang kecil yang saya jangka disediakan untuk kanak-kanak. Nampak ekslusif dah hebat. Tahniah Mama One Stop Bakery & Cafe.  Inovatif dan kreatif menarik pelanggan datang makan-makan di sini. 















Mama One Stop Bakery & Cafe ni memang tempat lepak favourite saya. Tertarik hati tengok dekorasi dan ambience di cafe ini. Tenang dan damai bila berada di sini. Kalau saya balik rumah emak dan abah di Taman Tasik Jaya, selalunya akan singgah di sini untuk sarapan pagi.

Menu yang mereka sediakan juga semakin banyak. Makanan yang disediakan adalah standard seperti laksa, nasi lemak, nasi berserta lauk , mee rebus, soto  dan sebagainya. Selain itu ada makanan western, makanan ringan untuk kudap-kudap. Di bahagian bawah pula ada pelbagai pilihan donut dan kuih muih tradisional melayu.  

Bila saya lihat page rasmi mereka di facebook, mereka juga menyediakan katering sekiranya ada sesiapa yang berhajat untuk membuat makan-makan dan jamuan  di sini.









Ini bukan entry berbayar ya. Saya saja-saja berkongsi. Sekiranya anda nak cari tempat yang best untuk lepak-lepak sambil sarapan pagi dan minum-minum cubalah datang ke sini pulak. Tapi nanti kena banyak bersabar  bila nak cari parking sebab cafe ni ruang untuk parking sangat terhad dan lalu lintas di kawasan ini agak sibuk lebih-lebih lagi di waktu puncak orang pergi kerja, orang ambik anak balik sekolah dan orang balik dari kerja (waktu awal pagi, tengahari dan petang).

Alamat  

34, Kg Sentosa, Batu 4, Paroi
70400 Seremban
013-376 3634

No comments:

Post a Comment