Beberapa minggu yang lalu, penapis air Cuckoo sudah selamat di pasang di rumah emak dan abah saya. Selepas penapis air Cuckoo dipasang di rumah saya semasa bulan Februari awal tahun ini, saya sendiri dan rasa mudahnya urusan kerja dapur dengan adanya penapis air ini. Nak buat air untuk tetamu mudah, nak rendam meehun dan celur mee mudah sebab adanya air panas yang perlu hanya perlu tekan saja untuk mendapatkannya. Saya tak perlu lagi mencuci bekas tempat menyimpan air kosong. Tak perlu bising-bising kalau stok air untuk minum habis. Tak perlu stress-stress sebab semut dah tak masuk dalam bekas air. Tak perlu komplen bila bekas air berlumut.
Alhamdulillah, baru-baru ni penapis air Cuckoo dah selamat di pasang di rumah mereka. Kebetulan adik baru keluar hospital dan adik perlu minum air kosong yang bersih. Selama ni ada penapis yang dipasang di paip sinki dapur. Masalahnya penapis tersebut sudah terlalu lama di situ tanpa pernah dibersihkan dan ditukar penapis. Lagipun bekas air besi yang diorang guna selama ni tak cukup untuk menampung keperluan seisi rumah. Isi habis, isi habis.
Alhamdulillah abah tak payah masak air untuk buat air panas. Abah saya memang suka buat air panas untuk minum pagi dan minum petang. Tak payah ulang-ulang panaskan air kalau air dalam cerek dan sejuk. Bila-bila masa sahaja mereka boleh dapat air panas dan air sejuk.
Bila tanya adik beradik dan emak dan abah saya macam mana sekarang dah pasang penapis kat rumah? Diorang cakap "senang sangat nak minum air sekarang, nak buat air pun senang. Sekarang suka minum air kosong"
Haa, jadi rajin pulak minum air kosong sebab air sejuk di hujung jari. Samalah, saya pun suka minum air kosong. Bergelas-gelas sebab air dari penapis Cuckoo halus, dingin dan nyaman rasanya. Kalau dulu, boleh dikira dengan jari berapa cawan minum air kosong.
Sekiranya anda bercadang untuk memasang penapis air Cuckoo di rumah boleh hubungi saya, 011-11486375. Saya akan consult anda pilih penapis yang paling sesuai dengan bajet anda dan keperluan seisi rumah, Insya Allah.
Nur Sabrina,
Agen sah Cuckoo
ID NE 34957
Hi Sabrina,memang dah jadi satu keperluan untuk memasang penapis air di rumah masa kini untuk kesejahteraan keluarga kan :)
ReplyDeletememang satu keperluan dah penapis air ni kan
ReplyDeleteya betul sis. lagi2 kalau air di rumah kita tak berapa bersih, keruh.. .nk mandi tak selesa, nk buat minum dn masak2 lagilah
Deleteya betul tu anajingga :)
ReplyDelete