Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 21 September 2017

Pertama kali lihat lidah itik dijual


Baru-baru ini saya ada ke pasaraya NSK yang terletak di Seremban 2. Ini kali pertama saya ke pasaraya NSK. Mula-mula masuk tengok macam pasaraya biasa saja. Lebih kurang macam TESCO dan Giant.  Tapi bila masuk ke bahagian barangan basah, wow, macam-macam ada. Macam pasar basah yang kita selalu pergi pagi-pagi tu. Segala binatang ada,  terutama hidupan laut. Yang masih hidup ada, yang dah mati pun ada. Hasil tanaman dan pertanian pun ada. Jagung dan ubi-ubian banyak menimbun.

Ada ketam, kerang, kupang, ikan hidup. Semua nampak segar.

Saya pusing-pusing sambil snap gambar apa yang patut. Ternampak satu benda pelik yang dijual yang pertama kali saya nampak seumur hidup saya, iaitu lidah itik. Dan waktu inilah saya baru tahu yang lidah itik juga dijadikan makanan. Dan saya juga baru tahu itik juga mempunyai lidah. Haha teruk pulak rasa bila tak tahu yang itik mempunyai lidah. Nampaknya kena banyak lagi membaca!




Hasil carian saya di google, macamnilah rupa paras lidah itik. Dan lidah itik ini biasa dimakan oleh bangsa Cina. Mereka memasak lidah dengan cara menggoreng atau dibuat sup.




sumber gambar www.pbase.com







Tengoklah lambakan hidupan laut tu. Kalau buat shell out memang best ni.

2 comments:

  1. NSK ada jual yg hidup ye?
    ada nampak octopus tak?
    dok tgok korean makan, teringinnya nak makan octopus..

    lidah itik kecik je kan.. boleh jual byk2 tu?
    nabilah penah makan lidah lembu je.. tu pun sekali je la setakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. octopus tak perasan pulak. buatlah korean food, nabilah kan rajin :D

      lidah itik ni tak kecik sgt, tak besar sgt.

      Delete