Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 24 October 2017

4 tips mengelakkan fenomena kepala air semasa bercuti

Kita sudahpun memasuki hujung tahun. Bila hujung tahun maknanya musim tengkujuh telahpun tiba. Hujan lebat akan kerap terjadi. Ini bermakna, sangat bahaya sekiranya kita pergi ke tempat-tempat peranginan atau rekreasi yang berisiko untuk terjadi fenomena air. Bukan setakat kepala air, malah risiko ditimpa pokok tumbang, juga boleh berlaku. Dan bahaya kepala air ini adalah lemas, kepala terhentak pada batu-batu sungai dan juga boleh dirempuh pokok balak dan sampah yang boleh membawa kepada kcederaan serius/

Semasa saya dan keluarga pulang dari Cameron Highland beberapa minggu yang lalu, kami sempat melihat fenomena kepala air yang berlaku di Lata Iskandar. Lata Iskandar terletak di Tapah. Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke Cameron Highland melalui Tapah, akan melepasi kawasan rekreasi Lata Iskandar. Ini kali pertama saya melihat fenomena kepala air di kawasan air terjun. Memang mengerikan.

Masih segar di ingatan saya kejadian yang berlaku semasa saya menghadiri kem remaja sebagai perserta beberapa tahun yang lampau, semasa saya berumur 15 tahun.  Kami semua peserta dan fasilitator mengadakan aktiviti di sungai. Tiba-tiba, beberapa orang fasilitator wanita hampir dihanyutkan air sungai yang sangat deras. Beberapa orang sempat berpaut, lagi seorang hanyut jauh, tetapi syukur alhamdulillah beliau juga selamat kerana tindakan pantas fasilitator-fasilitator lain yang segera menyelamatkan beliau.




 sumber gambar kredit kepada www.cameronhighland.net.


Gambar ini gambar Lata Iskandar dalam keadaan normal. Semasa fenomena kepala air berlaku, batu-batu yang kita nampak di kiri dan kanan air terjun hilang terus.




Keadaan semasa fenomena air berlaku. Kredit gambar www.bharian.com.my . Lokasi tak dapat dikenalpasti


 Sedikit tips yang saya boleh kongsikan untuk mengelakkan terjadinya tragedi di kawasan kepala air

1. Elakkan mengunjungi kawasan air terjun dan sungai-sungai pada musim tengkujuh.  Kawasan-kawasan seperti ini memang sangat berisiko untuk terjadi kepala air. 

2. Sentiasa semak ramalan cuaca apabila anda merancang ingin bercuti ke mana-mana. 

3. Jika anda mandi manda di kawasan air terjun atau sungai, apabila melihat tanda seperti langit mendung dan hujan rintik mulai turun, beserta petir dan guruh, segeralah beredar dari kawasan itu sesegera yang boleh, kemungkinan telahpun hujan lebat di kawasan hulu. Fenomena kepala air ini berlaku dengan sangat laju dan air yang banyak melimpah. Bimbang kita tak sempat menyelamatkan diri sekiranya ia berlaku. Antara tanda lain, batu-batu bergerak, bunyi air dan batu bergerak yang kuat, air sungai berbuih dan kelihatan ranting-ranting patah serta daun reput yang muncul secara tiba-tiba,.

4. Elakkan mengadakan aktiviti di kawasan air terjun dan sungai pada musim hujan seperti perkhemahan.
Anda boleh memilih untuk mengadakan aktiviti di tempat lain yang kurang risiko.

STAY SAFE!

No comments:

Post a Comment