Baru-baru ni saya ada membeli Buku I'm a Backpacker Japan. Dah lama tergerak hati nak beli buku ni. Ok jom saya ceritakan serba sedikit apa yang terkandung dalam buku ni. Buku I'm a Backacker Japan sesuai untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke Jepun. Buku ini bukanlah buku travelog. Tetapi ia buku panduan yang ringkas tetapi padat dengan pelbagai maklumat tentang negara Jepun. Antaranya maklumat yang kita akan dapat ialah maklumat tentang budaya dan sikap masyarakat Jepun secara umum.
Sikap dan masyarakat Japan secara umum
Penting untuk kita tahu budaya dan sikap
masyarakat Jepun dan sebagai orang luar yang datang ke negara mereka,
bagaimana kita harus adapt dengan budaya mereka agar tidak dilihat pelik
di sana. Contohnya budaya masyarakat Jepun ialah mereka lebih
suka dan cenderung untuuk diam dan senyap. Ia bukanlah sesuatu yang
pelik di sana. Kita sebagai orang luar tidak boleh sewenang-wenangnya
bertegur sapa untuk tujuan beramah mesra tanpa tujuan. Kalau ingin
bertanya sesuatu yang penting tidak menjadi masalah, tetapi untuk
sengaja beramah mesra dan sembang-sembang kosong dengan orang yang
mereka tidak kenal, ia dilihat sangat janggal oleh masyarakat Jepun.
Mengapa mereka jadi begitu? Kalau anda baca buku ini, anda akan faham
mengapa.
Antara
lain ialah bagaimana budaya mereka dalam menjaga kebersihan? Bagaimana
mereka meraikan tetamu atau orang asing? Semua terjawab dalam buku ini
Insha Allah
MUSIM-MUSIM DI JEPUN
Penting
untuk kita tahu musim-musim yang ada di Jepun sekiranya kita berhajat
untuk ke sana lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Pakaian apa yang
harus kita pakai sesuai dengan musim sejuk, luruh atau bunga contohnya? Bagaimana pula dengan musim panas? Adakah sama dengan musim panas di
Malaysia? Haa baca ye buku ni.
SURVIVAL SKILL
Matawang Jepun
Kalau kita nak travel, kita perlulah sediakan duit yang mencukupi. Berapa tukaran wang Yen dengan Ringgit Malaysia?
Pemilihan tempat penginapan
Di
Jepun tempat penginapan anda harus pilih mengikut berapa orang ahli
rombongan yang bersama anda kerana di Jepun, tempat penginapan terdiri
daripada hostel, hotel, guest house, ryokan dan lain-lain. Penting juga menentukan tempat penginapan berdasarkan itinerary anda.
Tips memilih makanan halal
Tips memilih makanan halal juga diceritakan dalam buku ini. Kalau tiada tanda halal, makanan bagaimana yang boleh kita makan?
Kesimpulannya,
buku ini sangat sesuai untuk newbies yang kali pertama akan ke Jepun.
Kita akan dapat gambaran secara umum tentang negara Jepun dan bagi saya
buku ini sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan saya dan
keluarga ke Osaka bulan November ini. Boleh sediakan itinerary juga berpandukan buku ini. Memang best. Tak rugi beli.
No comments:
Post a Comment