Ada satu peristiwa semasa kami travel ke Osaka baru-baru ini yang buat saya tersenyum-senyum bila ingat semula. Macamni kisahnya, saya dan anak beratur di tandas di station subway di Osaka . Barisan memang panjang sampai ke muka pintu.
Tengah
beratur tunggu giliran tu, anak saya tiba-tiba berdiri di muka pintu
toilet. Kiranya waktu ni anak saya sedang block laluan orang keluar
masuk. Datang pula seorang wanita Jepun nak keluar dari toilet. Bila anak saya dah block laluan dia, wanita Jepun itu cakaplah sesuatu dalam
bahasa Jepun tapi saya lansung tak faham butir perkataan dia.
Sambil dia cakap, dia tersenyum-senyum dan tundukkan kepala. Dalam tiga kali juga dia buat macamtu. Saya ni tercengang-cengang la kejap. Tercengang sebab tak faham dan tercengang tengok tindak tanduk dia tu. Lepastu saya baru tersedar, dia sebenarnya sedang minta izin nak lalu dari anak saya. Ahahahaha. Saya pun tariklah anak saya ke tepi bagi laluan kat dia.

Kelakar sebab anak saya dengan saya-saya sekali tercengang-cengang sebab
tak faham. Dan satu lagi saya tercengang sebab adab dia tu. Tunduk
kepala, senyum dan minta izin nak lalu. Bila anak saya dah ketepi, baru
dia lalu. Kalau sayalah, sambil minta izin terus je lalu, memang tak
tunggulah kau nak ke tepi atau tak ?(ahaha buruk perangai :P)
Itu antara beberapa perkara yang buat saya kagum dengan adab masyarakat Jepun. Mereka memang kaya dengan adab dan budi bahasa.
Ini tandas ayah dengan baby (tandas emak dengan baby pun ada). Kalau emak baby sakit perut, sementara tunggu emak selesai urusan di toilet, ayah boleh tolong tukarkan lampin anak. Macamtu sekali orang Jepun fikirkan cara untuk selesaikan masalah orang
No comments:
Post a Comment