Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 15 December 2017

Kembara Kansai Osaka : Jalan-jalan Dotonbori

Dotonbori merupakan salah satu tempat yang kami kunjungi semasa berada di Osaka.

Di sini memang sangat ramai orang dan sentiasa sibuk lagi-lagi kalau hujung minggu.

Nak jalan pun tersekat-sekat.

Kalau malam, suasana memang sangat meriah.

Di Dotonbori banyak restoran terkemuka dan ekslusif.

Papan tanda untuk restoran-restoran di sini juga banyak yang pelik dan unik.




Kami memang tak makan di sini

sebab tak banyak restoran yang menyediakan makanan yang pasti halal.

Kalau makanan laut yang digrill pun, risau pula dia gunakan kicap.

Kicap Jepun biasanya mereka letak sake atau mirin (ada alkohol).

Kalau sushi dan takoyaki contohnya, selalunya dia jadi tak halal sebab diletak kicap.

Mungkin kita boleh request taknak kicap, tapi tetap kena hati-hati lah.

Ada beberapa restoran halal sebenarnya di Dotonbori.

Hari kedua kami menapak jauh sebab mencari restoran halal yang menghidangkan ramen,

tapi bukan rezeki kami sebab tak jumpa-jumpa restoran tu walaupun dah guna apps. 

Boleh dikatakan 3 kali juga kami datang ke area Dotonbori ni sepanjang kami di Osaka.

Kali pertama sebab nak cari restoran ramen halal (tapi tak jumpa, sob sob sedih).

Kali kedua sebab nak ikuti program night tour.

Program night tour ni dah termasuk sekali dalam pakej Osaka Amazing Pass.

Anda boleh dapatkan Osaka Amazing Pass di pejabat HIS Travel di Malaysia.

Dotonbori Night Tour 

Night tour ni ada tour guide tau.

Dia akan bawa kita jalan-jalan sekitar Dotombori,
dan cerita sejarah tempat-tempat yang dia bawak tu.

Tour guide kami boleh tahanlah english dia.
Walaupun pelat-pelat still boleh faham.




jalan jalan dotonbori osaka

jalan-jalan Dotonbori
sungai yang menjadi simbol sejarah bagi kawasan Dotonbori

bercuti di osaka jalan jalan dotonbori
restoran, nampak macam ekslusif tapi status halal tak pasti. 

kami sedang mendengar penerangan tour guide tentang restoran ini

Dotombori Night Tour

antara aktiviti kami semasa Dotombori Night Tour

gambar-gambar yang menggambarkan sejarah Dotonbori


Tour guide sedang memberi penerangan

jalan jalan dotonbori osaka
streetfood. Saya tak pasti apa dia, kemungkinan besar scallop panggang


bercuti di osaka jalan jalan dotonbori
salah satu restoran yang terdapat di Dotombori


antara street food yang ada





Dotonbori sebenarnya satu kawasan bersejarah.

Sejarah dia sejak kurun ke 17 lagi,
bilamana ada seorang pedagang nama Doton Yasui
yang membuka kawasan ni untuk tujuan perdagangan.

Sejarah dia agak complicated sikit.

Anda boleh baca di wikipedia.

Just type Dotombori, nanti keluarlah maklumat tentangnya.

Orang cakap tak sah datang Osaka kalau tak datang ke kawasan Dotonbori.

Entahlah, saya sebenarnya tak minat sangat tempat-tempat sesak macamtu.


Tonbori  River Cruise

Jika datang ke Dotonbori, pengunjung boleh naik river cruise.

Cruise ini mengambil masa selama 20 minit dan akan pusing sekitar sungai Dotombori.

Waktu operasi Tonbori River Cruise

Setiap hari
Isnin- Jumaat: 1 pm-9 pm

Sabtu-Ahad  dan cuti am
11 am- 9 pm


Cara ke Dotonbori

5 minit berjalan kaki dari Namba Station, Hanshin/Kintetsu Line Namba Station
atau Nankai Line Namba Station






=========================




Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<



No comments:

Post a Comment