Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 26 December 2017

Kembara Osaka-Kansai musim luruh: Sayonara Jepun, hingga kita bertemu lagi!

Hari Jumaat, bersamaan 24 November 2017 adalah hari terakhir di bumi Jepun.

Perasaan yang bercampur-campur.

Sedih pun ada sikit tapi tak sabar nak balik Malaysia pun ada juga.

Teringin nak makan makanan Malaysia.

Teh ais, nescafe ais, koay tiaw goreng
dan macam-macam makanan lagi yang dirindui!


Sebelum balik kami kemaskan semua barang
dan pastikan rumah berada dalam keadaan yang bersih,
kemas dan peralatan yang disediakan berada dalam keadaan yang baik.

Tuala yang dibekalkan oleh mereka juga
kami pastikan tidak terambil kerana tuan rumah menyatakan
sekiranya ada tuala yang hilang mereka akan mengenakan denda kepada kami. 


Waktu check out dari rumah penginapan AirBnb, jam 11 pagi.

Flight kami pula jam 3.45 petang.

Walaupun ada tempoh yang agak panjang sebelum kami bertolak balik,
kami tak sempat ke mana-mana.

Dalam perjalanan ke station subway,

saya menatap puas-puas pemandangan yang ada di depan mata.

Entah bila akan datang ke kawasan ini lagi.

Saya pasti akan datang lagi ke Jepun tapi untuk menginap

dan bermalam di tempat yang sama, mungkin tidak kot.



tengah tunggu traffic light pejalan kaki bertukar warna hijau



Kemudian kami bertolak ke subway station Daikokucho
sambil mengheret luggage.

Beberapa kali juga terserempak dengan pengembara-pengembara lain
di kawasan ini.

Mereka juga heret luggage seperti kami juga, haha




bercuti di osaka kansai musim luruh
adik lelaki saya yang willing untuk bawakkan beg saya yang besar gedabak.

travel ke osaka kansai musim luruh
my elder bro



Kenangan yang akan diingat 
sampai bila-bila

Syukur saya ke panjatkan ke hadrat Ilahi

kerana pengalaman berada di Jepun adalah satu pengalaman manis
yang akan saya kenang sampai bila-bila.

Melihat keunikan kawasan klasik dan tradisional Gion,

merasa sejuknya Osaka Bay yang terletak di tepi laut,

melihat keindahan daun-daun yang berubah warna
dari hijau kepada warna kuning dan merah,

menyelami dan memerhati kehidupan masyarakat Jepun setiap hari
yang sibuk dengan urusan harian mereka.

Sebelum ini saya sangat berharap
agar dapat menjejakkan kaki ke bumi Nihon yang unik ini,

alhamdulillah termakbul.

Masih saya ingat betapa saya nak sangat melihat
kehidupan masyarakat di Jepun setelah menonton
rancangan Khawateer di TV Al Hijrah beberapa tahun lepas.



Percaya tak yang saya pernah berdoa agar dapat jejakkan kaki ke Jepun,
berdoa  hingga menitiskan air mata!

Terlalu nak sangat.

Terima kasih Allah, kerana doa itu termakbul (pastinya dengan usaha juga).

Rasa sayu

Berada di bumi Jepun walaupun gembira dapat tengok tempat orang,

saya ada rasa satu perasaan sayu dalam hati.

Sayu bila tengok kehidupan masyarakat di sana.

Kenapa saya rasa sayu?



Walaupun pada mata kasarnya nampak kehidupan mereka

hebat serba serbi dari segi disiplin, adab dan budaya

serta kemajuannya yang mengagumkan seluruh dunia,

tapi saya dapat rasakan hati dan emosi mereka, sunyi dan kosong.

Susah saya nak explain.

Lagipun perkara ini agak sensitif

untuk saya cerita secara terbuka begini.




Bila saya kenangkan tentang hal itu, saya dapat kaitkan

mengapa kadar bunuh diri di Jepun sangat tinggi.

Mungkin sesiapa yang pernah sampai Jepun faham maksud saya.

Jauh di sudut hati saya berharap mereka akan ditemukan

dengan kebenaran hakiki.

Semoga kita semua juga kekal dalam hidayah dan rahmat agama Islam,

hingga nafas kita yang terakhir. Insha ALLAH.




Semoga saya dapat jejakkan kaki sekali lagi ke sana,

insha Allah di wilayah lain pula, mengambil ibrah, melihat kebesaran Ilahi.



=========================



No comments:

Post a Comment