Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 21 December 2017

Pengalaman bercuti di Osaka Jepun musim luruh hari ke 3: Osaka Bay, Tempozan Ferris Wheel dan Santa Maria Cruise


Osaka Bay, Tempozan Ferris Wheel dan Santa Maria Cruise


bercuti di osaka
Tak tau ni apa benda. Pusing-pusing ikut kelajuan angin.  Kalau dia berpusing laju maknanya angin kuatlah tu


Osaka Bay

Aktiviti hari ke 3 kami,
kami ke Osaka Bay  untuk naik Santa Maria Cruise dan Tempozan Ferris Wheel.

Malam pulak kami Shinsaibashi Dotonbori  untuk aktiviti Night Tour.

Cara ke Osaka Bay

Untuk ke Osaka Bay,
naik subway Chuo Line dan berhenti di Osakako Station.

Dari station perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke Osaka Bay.

Aktiviti menarik di Osaka Bay

Osaka Bay ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana 
iaitu menaiki Santa Maria Cruise, menaiki Tempozan Ferris Wheel 
dan melawat Kaiyukan Aquarium. 


Tapi kami hanya naik Tempozan Ferris Wheel dan Santa Maria Cruise. 

Kami ke sini naik train guna tiket Osaka Amazing Pass.  

Osaka Amazing Pass ni boleh guna untuk naik train 
dan pergi tempat-tempat menarik yang termasuk dalam pakej dia. 

Mula-mula nak naiklah giant ferris wheel tu dulu 
tapi disebabkan angin kuat, 
jadi pihak pengurusan menutupnya buat sementara waktu hingga angin reda. 

 Angin di sana memang kuat dan sangat sejuk sebab terletak di tepi laut. 

Kami yang sebelum ini tak pakai sarung tangan, 
di Osaka Bay kena pakai sebab tak tahan sejuk. 

Weather forecast menunjukkan suhu lebih kurang 6 darjah. 

Weather Forecast Jepun sangat reliable. 

Kalau diorang ramalkan hujan, memang hujan pun hari tersebut. 

Kalau tak hujan, tak hujanlah. 

 Jadi persediaan pemakaian setiap hari bergantung pada ramalan cuaca.



Santa Maria Cruise

Santa Maria Cruise ni aktiviti yang kami buat dulu 
sesampai saja kami di Osaka Bay. 

Saya ada cerita tentang Santa Maria Cruise di sini 

Oleh kerana saya dah ada buat entry khas tentang Santa Maria Cruise, 
jadi saya tak cerita dalam entry yang ini. 

Tempozan Ferris Wheel



bercuti di osaka
besar betul ferris wheel ni




Lepas Santa Maria Cruise,
kami naik Tempozan Ferris Wheel pulak.

Disebabkan kami dah ada Osaka Amazing Pass,
kami dah tak perlu bayar apa-apa.

Tempozan Ferris Wheel ni sebenarnya sebelum ini
merupakan ferris wheel terbesar, tertinggi di dunia
dan dilengkapi teknologi termaju (sumber maklumat dari osaka-info.jp).


Teknologi termaju yang macam mana tu saya tak pasti.
Tapi sekarang ni dah ada British Airways London Eye di London
yang lagi besar dan lagi tinggi dari Tempozan Ferris Wheel.  


Saya ada satu rahsia nak bagitau,  saya tak naik pun Tempozan Ferris Wheel ni
sebab memang taknak naik. Hahah.

Mak abah dan adik beradik saya naik.

Diorang cakap gayat dan bila naik tu rasa nak cepat-cepat turun je.

Memang tinggi pun kalau tengok dari bawah.

Tapi yang bestnya korang boleh nampak pemandangan sekitar Osaka Bay,
boleh nampak laut dan pemandangan bandar Osaka.

Seperti biasa, bila saya tak naik saya tak dapatlah ambik gambar dari atas.

Jadi gambar-gambar pemandangan dari Tempozan Ferris Wheel
saya pinjam dari mak. Mak memang rajin ambik gambar. Tq mak.


In case korang takde beli Osaka Amazing Pass,

harga tiket masuk Tempozan Ferris Wheel : 800 yen
(untuk umur 3 tahun ke atas termasuk dewasa).

Waktu operasi: 10 pagi-10 malam


bercuti di osaka


bercuti di osaka
masya Allah damainya.. matahari sedang membenamkan dirinya

bercuti di osaka

Akashi Strait Bridge. Sebahagian dari jambatan terpanjang di dunia Akashi-Kaikyo Bridge





Malamnya pulak kami ke Shinsaibashi  dan Dotonbori untuk join trip night tour.  Ini pun saya dah buat entry khas, boleh baca di link ini http://www.n-sabrinaa.com/2017/12/jalan-jalan-di-dotonbori-osaka.html

Wallahua'lam


==========================





Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<


No comments:

Post a Comment