Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday, 20 December 2017

Tempat menarik di Osaka: Osaka Museum of History dan Shinsaibashi (hari ke 2)

Tempat menarik di Osaka 


Osaka Museum History

Hari ke 2 kami ke Osaka Museum of History
dan jalan-jalan sekitar Shinsaibashi.

Osaka mempunyai banyak jenis muzium.

Bukan Osaka saja tapi kebanyakan kawasan di Jepun mempunyai muzium pelbagai tema.

Salah satunya Osaka Museum History .

Muzium ini dibina di atas kemusnahan istana purba Naniwa Palace pada kurun ke 7.

Kita boleh nampak kesan-kesan tinggalan Naniwa Palace
melalui cermin transparent di tingkat bawah sekali (ground floor).

Muzium ni menggambarkan  tentang sejarah,
perubahan dan pelbagai peristiwa yang berlaku di Osaka
dari mula ia wujud sebagai ibu kota pertama Jepun,
sehinggalah pada zaman moden (zaman sekarang).


Kalau nak explore muzium dan nak faham apa sebenarnya sejarah Osaka,
pengunjung kena mula explore dari tingkat 10
kerana kronologi penceritaannya bermula dari tingkat 10.

Di sini ada banyak replika bangunan dan manusia.

Peminat sejarah sesuailah datang ke sini.

Dari muzium ini kita boleh nampak bandar Osaka
dan pemandangan Osaka Castle.



tempat menarik di osaka
Bangunan Osaka Museum of History



tempat menarik di osaka
replika rumah zaman dulu-dulu

tapak sejarah Naniwa Palace.


tempat menarik di osaka
pemandangan bandar Osaka. Dah mula kuning merah pokok berubah warna


boleh nampak pemandangan Osaka Castle dari atas. Osaka Castle yang sebelah kiri sekali dikeliling terusan.







Harga tiket masuk: 600 yen seorang

Waktu operasi: 9.30 a.m- 5 p.m (paling lewat masuk jam 4.30 p.m)



Shinsaibashi

Selesai lawatan ke Osaka Museum of History,
kami ke Shinsaibashi pulak.

Boleh dikatakan sepanjang trip kami di Osaka,
beberapa kali juga kami ke Shinsaibashi,.

Shinsaibashi adalah tempat tumpuan orang untuk membeli belah.
Kawasan paling ramai manusia yang saya pernah nampak sepanjang berada di Osaka.

Orang bertali arus datang dan pergi.

Di sini ada banyak outlet yang menjual barang berjenama seperti Uniqlo,
Sketchers, H & M dan lain-lain.

Di sini juga ada banyak outlet yang menjual barangan bundle.

Shinsaibashi bersebelahan dengan Dotonbori

kawasan yang terkenal dengan restoran dan street food. 


Wallahua'lam


=============





Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<





No comments:

Post a Comment