Penting ke beli travel insurance atau takaful perjalanan?
Jawapan saya, sangat penting dan sangat perlu. Sejak kebelakangan ni selalu dengar berita tentang rakyat Malaysia yang terpaksa menerima rawatan di luar negara dan perlu membayar kos perubatan yang sangat mahal. Malang tidak berbau. Elok-elok kita pergi dalam keadaan sihat, happy dan nak berjalan tengok tempat orang, alih-alih masuk hospital. Kosnya perubatan selalunya mencecah beratus ribu ringgit disebabkan kita warga asing di tempat orang. Nauzubillahiminzalik.
Lagi satu yang merisaukan kita bukan saja sakit. Ada kes yang melibatkan kematian. Macam kematian, kos bawa balik jenazah sangat mahal. Kita kalau boleh nak elakkan dari menyusahkan ahli keluarga kita di tanah air.
Lagi satu yang merisaukan kita bukan saja sakit. Ada kes yang melibatkan kematian. Macam kematian, kos bawa balik jenazah sangat mahal. Kita kalau boleh nak elakkan dari menyusahkan ahli keluarga kita di tanah air.
Jadi silalah ambil perhatian dengan kepentingan membeli travel insurance atau takaful ok?
Ada satu website yang saya guna untuk tengok beli travel insurance. Website ni senaraikan syarikat travel insurance siap dengan harganya sekali. Fungsi website ni sama macam Trivago. Jadi kita boleh compare dan pilih mengikut pakej yang kita paling berkenan dan sesuai dengan budget kita. Nama website ni, Gobear. URL website, http://www.gobear.com/my
Step 2
2. Kalau pergi dengan pasangan (isteri atau suami) serta anak-anak,
pilih pakej family. Kalau pergi dengan pasangan tanpa anak, compare
harga dulu antara 2 persons dengan family. Mungkin yang 2 persons tu
lagi murah berbanding family.
Step 3
Pilih return. Yang one way tu kalau perjalanan kita sehala saja. Yang return ni dia akan cover start kita naik flight, tempoh sepanjang kita berada di luar negara dan penerbangan balik ke tanah air. Kalau dalam setahun korang selalu travel, better beli annual terus.
Step 4
Akan keluar senarai syarikat travel insurance dan harga serta perincian perlindungan yang diberikan dalam setiap pakej. Baca semua maklumat dan fahamkan betul-betul supaya tidak terjadi salah faham di hari kemudian. Dah berkenan mana-mana pakej, klik "Go to Provider" dan teruskan dengan step pembayaran.
Jangan kedekut
Pendapat saya, pilihlah pakej yang boleh cover banyak. Biar mahal sikit asalkan perjalanan kita 80%-90% dilindungi. Kalau kita pilih yang murah, banyak juga yang dia tak dapat cover. Bagi saya rugila. Nak tahu pakej tu cover banyak mana, tengok coverage score dia.
rujuk coverage score dia |
cuba tengok yang AXA Smart Traveller VIP, coverage score dia tinggi |
Beli awal, jangan last minute!
Seeloknya beli travel insurance tu jangan last minute. Kalau 3 minggu sebelum tu sedang eloklah (beli lebih awal lagi bagus). Sebab apa tau, ada sesetengah situasi yang dia tak cover bila kita beli last minute.
Sebagai contoh saya sendiri beli Axa Smart Traveller VIP untuk pakej family berharga RM97. Saya beli seminggu sebelum bertolak. Kemudian saya call HQ AXA untuk tanya betul ke kalau beli last minute, banyak benda tak boleh cover? Pegawai bertugas maklumkan, semua boleh cover kecuali flight cancellation. Flight cancellation hanya cover jika kita beli insurance sekurang-kurangnya 14 hari sebelum bertolak (AXA).
Rugi sangat kan kalau kita beli last minute, tiba-tiba tanpa dijangka flight terpaksa cancel, contohnya seperti kejadian gunung berapi meletus di Bali tempohari. Banyak penerbangan terpaksa ditunda dan khabarnya ramai kerugian beribu-ribu ringgit.
Hubungi syarikat insurans yang telah dipilih
Akhir sekali kalau ada kemusykilan apa-apa, korang hubungi saja syarikat travel insurance yang korang dah pilih tu. Diorang lagi pakar dan akan menjawab semua pertanyaan korang.
Jadi buatlah pilihan yang bijak, dan sediakan payung sebelum hujan. Gituuu.
Hubungi syarikat insurans yang telah dipilih
Akhir sekali kalau ada kemusykilan apa-apa, korang hubungi saja syarikat travel insurance yang korang dah pilih tu. Diorang lagi pakar dan akan menjawab semua pertanyaan korang.
Jadi buatlah pilihan yang bijak, dan sediakan payung sebelum hujan. Gituuu.
No comments:
Post a Comment